
![]() ![]() “I’m just a girl who is trying to find a place in the world where somebody will accept me, flaws and all.” Website Blog List Read the story back ![]() ![]()
100% Copyright by Kata Kila
| SURPRISE SURPRISE
27hb januari 2011 dapat mesej, nak buat surprise party untuk birthday girl, NURUL :D mula mula pergi jamuan makan sempena raya cina, aku dah bawak kamera dah. dalam handbag, tapi tapi, APESAL semua tak bawak kamera? demm lah taik kucing apa entah semua tak nak bawak kamera. aku lagi lah tak nak bawak keluar . maluu kot. argh lepas dah makan, blah lah cepat cepat. nak pergi amik kek birthday lagi yayyy, ni dia birthday girl :P. terkejut gila bila aku dengan lagi sorang masuk bilik karaoke tu. siap jerit jerit. jadi lah surprise kitaorang :D lepas tu lepas tu yay tangkap gambar ramai ramai. sapa ntah yang tolong tangkap kan. apa nama dia? aku lupa LOL![]() ![]() gambar aku dengan birthday girl haruslah ade. tapi tapi apesal entah muka aku macam budak terencat. aku marah ni aku marah ni. jangan nak gelak gelak sangat lah korang. ok bai okay gambar kat atas tu masa pergi toilet kat kedai kek tuttt. ape hentah berludah berludah. untung banyak kot, tukar lah. ekekekek.Labels: birthday girl, happy birthday BELAJAR CAKAP CINA
Masa kecik sebelum tidor, lampu dah gelap, suka buat onar cakap bisik bisik dengan akak sambil berselubung dalam selimut , stok tak nak kasi mak dengar. kalau rahsia tak tido lagi pecah, maka terjadilah halilintar yang sangat dashat (amboi ayat) "kak, ajar aku cakap cina" "ayat ape?" "urmm. perkataan gila" "fengkuang" "ooo pengkuang" "fengkuang lah bongok. pengkuang pengkuang" "fengkuang ah" "fengkuang je. mane ade ah ah. sebut lagi sekali" "FENGKUANGGGG ang ang ang" (siap gema lagi kengkonon) "APESAL BERSUARA LAGI TU.TIDO.ESOK SEKOLAH!" "ok mak!" (jawab serentak sambil gemuruh di dada) Labels: kakak kenangan, sepupu BELI BARANG BAWAK BEG SENDIRI
pergi tesco, bajet nak teman dia beli rotiboy yang sedap tu je, tapi boleh pulak TER singgah makan sekali. tengah makan, nampak satu family bawak troli. dalam troli tu semua barang tak berplastik " eh dorang ni dah bayar ke belum eik barang barang tu sume?" aku tanya krol. mcm pelik jugak lah kenape tak berplastik.sedangkan dah keluar dari tesco.satu kemusykilan ( betul ke aku eja entah ) lepas makan, jalan jalan lah. tapi boleh pulak TER beli barangan dalaman. semangat nak bayar ni aku tengok orang depan aku lepas bayar terus masuk bra yang dia beli dalam beg. pejadah?? lepas sorang sorang tak berplastik. pemalas ke ape semua ni nak pegang beg plastik? turn aku pulak nak bayar "eh apesal semua tak pakai plastik?" "cik, setaip hari sabtu 1 malaysia tak pakai plastik." "lor, kalau nak pakai plastik? "satu plastik kena tambah duapulohsen je cik" "ok lah tambah je lah" gila kau tak nak tambah.takkan aku nak letak spenda baru tu dalam handbag. kang nak cari purse terburai spenda tu kang. aaaa camnee? camnee? cer citer cer citer.dah lah semua orang dah lame tahu hal ni. tetibe pulak aku sorang je yang tak tahu ke ape ni Labels: 1 malaysia, hari tanpa plastik ASAM PEDAS
tengah sorang sorang mengadap tv, otak tibe tibe terbayang asam pedas mak masak. ikan pari / ayam , ade daun kesum, pedas manis sikit.arghh tekanan otak bukak laptop, cucuk P1 ( pinjam krol ), tangan taip RESIPI ASAM PEDAS google semua resipi ade kat MY RESIPI termasuk asam pedas yang aku tengah cari tu, copy, paste kat notes. simpan cun cun dalam desktop laptop hitam aku ni...... malam tu, kat kedai makan, aku : yang, kila rase nak masak asam pedas lah ** stok cakap muka tak bersalah.krol pulak stok pandang sebelah mate.jeling jeling krol : hah? kila nak masak? eh jangan nak berangan lah aku : orang masak ah dengan pia. kan kan krol : takde takde. jangan buat lawak kat sini aku : tumbok kang sia sia hidup p/s: aku tengah demam kempunan asam pedas. mungkin.. mungkin. Labels: asam pedas, kempunan, teringin KUCING OH KUCING
di akui, aku obses kucing. dulu aku suka update pasal kucing. sekarang, takde masa menyebabkan aku tak boleh bela kucing. bela kucing bukan susah. tapi, kalau balik kerja aku terus tidor, tak main main dengan kucing. kesian lah kucing aku tu T________T ada yang nak membela kucing, tapi...... aku nak bela kucinglah. sebab, kucing kesayangan nabi. mana tahu bila bela kucing rezeki murahkepantangan aku lah bila ada yang cakap macam tu depan aku.aku malas nak cerita kenangan aku dengan kucing kucing aku dulu dulu tu.tapi yang pasti, semua mesti berakhir dengan teriak teriak.okay sedih. tadi bukak mudah.my, taip kitten. cara macam nak beli kucing dari situ. tapi semua mahal mahal. okay menangis sekarang. aku rasa macam penjual macam lebih kepada duit. tak terfikir pasal kucing. jual biar lah dengan niat asal terbela kucing tu.jangan lah letak beribu ribu walaupun flat face ke, kacuk ke, parsi ke. melainkan betul betul kedai pet. ini tak, kebanyakan alasan nak jual sebab nak pindah. yang lagi best, ade yang tulis sebab nak pakai duit. wadehel. jujur lah sangat. nak pindah tu tak kisah lah, tapi ape motif jual kucing yang sendiri pernah bela sampai mahal mahal. tak berat hati ke? memang lah lawa kucing tu, tapi kalau yang macam aku ni. nak bela tapi tak nak beli mahal mahal macam mana? terbiar lah kucing tu? ke nak buat modal sewa lori hasil jualan kucing sendiri. kekekekekekeke ini memang aku tabik spring. tengok pada price. kosong. free kah? aku pikir banyak kali. free kah? free kah? free? hentahhhhh lah. tapi bila baca ayat bawah gambar tu I am looking for a loving home for her. If you can always afford to keep her clean and take proper care of her then do contactdem. ayat macam tuan kucing ni gila kisah siapa yang bakal bela kucing ni. mungkin tuan dia ada sebab yang besarrrr punya. hurrmmm... besarr punyaa. p/s : sori lah kalau ada yang terasa. aku cakap bagi pihak cat lovers. boleh gitu? boleh lahhhh. waka waka ehh ehh Labels: baby kucing TENGOK KHURAFAT MACAM TAK TENGOK
ade wayang baru keluar.haruslah tengok. nak layan pergi bercuti tempat best best, aku bukan banyak duit. setakat round round keliling rumah tu aku mampu lah (tibe tibe) aku buat entry ni pun sejurus (ayat tak nak kalah) balik dari tengok wayang.cerita terkini KHURAFAT. tiket pukul 11:30 malam. nak bawak amar tapi esok dia sekolah kan.karang liat bangun pagi , aku jugak yang salah. kesian aku T___________T ni aku lemah tengok cerita seram ni. sound tak nak lah kuat lagi biar sampai pecah gegendang telinga aku ni. nak saspender memanjang. tengok atas hantu. tengok tepi hantu. arghhh tekanan aku sah sah lah berlagak cool . macam takde ape ape yang berlaku. macam tengah tengok cerita senario padahal, tutup mata sebelah. telinga pun haruslah ditutup.elak kan sound sistem yang dah macam haram punya kuat bila bab terkejut terkejut tu. cerita baru setengah, dah ajak krol balik +________+. tapi sadis tak dilayan permintaan bodoh itu +__+ bila balik, macam tak nak balik. tidor malam ni, lampu kena bukak. (cewah padahal memang hari hari tidor bukak lampu) taip entry sambil tengok atasbawahkirikanan. p/s : boleh tahan cerita khurafat. pengajaran terbaik dari Labels: khurafat, review khurafat, wayang 2011 TEMPAH BAJU DENGAN HARGA MURAH DI STIEQ PRINTING MASTERS
terpikir nak buat event/ gathering dalam masa terdekat ni tak? sayang lah kalau buat tapi setakat hanye tangkap gambar lepas tu buat entry lekat kat blog je . :P..kenangan tu susah nak ingat melainkan kalau klik balik older post baca entry tu kan kan kan melainkan buat baju. design cun cun, tulis gathering bla bla bla, event bla bla bla. mesti lagi gempak. gambar pun cun sebab baju yang join semua sama. kan kan kan. tak rugi pun bayar sikit duit. dapat baju kot. pergi mana mana takde hal pakai baju tu balik. pergi shopping pun rilek je pakai baju gathering tu balik :P design baju bukan calang calang. kalau tak reti design, takde hal.boleh je. cakap je nak macam mana cool kot design baju yang stieqprintingmasters sediakan. takpe, mana tahu kot kot gathering beloger perak ade nanti buat kat manjung ni. boleh lah buat baju macam ni. ehehehehe bukan baju je, bila ade gathering, event bagai, mesti nak layan bunting / banner nak pacak. adeeee jugakkk.takde hal lah.kekekeekek ![]() klik banner atas tu. semua pasal printing boleh kata murah murah. siap berdaftar dengan SSM lagi. name card pun ade. 2 kotak rm 25.00. okay murah . boss lain kali tempah kat sini je lah.ekekekee p/s : pia, jom buat gathering beloger kat perak. ** ntah ntah kite dua je yang datang.gulp ok bye Labels: name card murah, print baju, stieq printing masters HARI ITU, MASA ITU, ITU DAN ITU
bila baca tajuk banyak kali, memang agak menyakitkan hati. jadi sila baca hanya sekali tajuk itu, itu dan ituuuuuuuuuuuuu masa hari jadi mu, aku dengan amar bersungguh sungguh buat video. bajet lepas dah penat lelah rakam video nak buat entry khas untuk wish hari jadi mu ituuuuuuuuuuuuu mula mula dah jadi macam bodo. tak tahu nak cakap ape. tonyoh tonyoh kepala. apa aku nak cakap ni apa aku nak cakap ni. amar dah nyanyi nyanyi hepi besday kat belakang =______=" dah lah kualiti video cam cibai. tapi abaikan. sila abaikan. abaikan. okay dah 3 kali aku ulang ayat ituuuuuuuuuuuuu okay, masa ni amar dah tolak tolak nak wish besday. sila buat buat tak nampak kipas kuning belakang tu . tutup mata tutup mata. amar punya over eksaited sampai dia cakap SELAMAT PANJANG BESDAY. apakah? apakah? panjang apakah? ulang balikkk ayat ituuuuuuuu ![]() mulut muncung sebab kengkonon kasi muah cit cit +______________+ tapi malangnye, audio berterabur, video cam haram. tak jadi upload video ituuuuuuu okay sedihhhh sedihhhh sorry lah KAKAK, tak boleh nak wish lelebih time besday kau aritu. sobss sobss. okay menangis sekarang... sekarang jugak bai Labels: birthday girl, kesayangan HAI GADIS COMEL
ahad, 9hb januari 2011. pembukaan tahun baru. aku dengan pia pergi melawat GC a.k.a GADIS COMEL. jangan tanya aku kenapa dia pakai nama gadis comel. on call " wey, apa nama kau? takkan aku nak panggil gadis comel " " HAHAHAH, panggil lah ape ape je " " nameeee. nameeee. bagitahu nama " " panggil aku _ _ _ _ je " " okay. rumah kat mane. nak datang dah ni " " bla bla bla " okay dah sampai rumah. tunggu 10 minit luar rumah. terjengol aku dengan pia kat depan pintu rumah dia. tak jugak bukak pintu. padahal mesej dah hantar. nak ketuk pintu, pintu jauh benor. pia call terus. " hang tak nak bukak pintu kat kami ka " " blaaaa blaaa HAHAHA blaaa blaaa" aku tak tahu ape minah tu balas. sempat lagi nak gelak gelak, pung pang pung pang. aku dengan pia dah ketaq lutut kat luar pintu bukak pintu. waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh. kecik je. patut pakai nama gadis comel.ada riak sikit di hati aku ni sebab berjaya mencapai impian untuk berjumpa dengan orang yg lagi rendah dari aku. KAHKAHKAHKAH. okay masa untuk puji. laksa kau masak sedap. nak mintak tambah. tapi aku dengan pia malu. kekekeke..nanti masak lagi. tak nak masak benda lain. feveret aku tu laksa. walaupun kena menghadapai halangan. kereta kena park luar gate, kena jalan kaki 10 minit, tengok tv siaran bintik bintik, tengok cerita harimau jadian tak jadi pun takpe .janji makan free, kekekkeekke okay. dah. bye Labels: beloger TAHUN 2011
harini 3.1.2010 . hari pertama kerja untuk tahun 2011 bangun pagi pagi tak nak kalah. nak mule kan hidup baru tahun 2011 ni. termenung dulu. lipat selimut.kemas katil segala. nak bilik kemas arini bila masuk bilik air mandi cepat cepat. tak nak lagi mandi macam tahun 2010. asyik termenung depan air nak lawa lawa arini. tapi tak boleh nak melawa. sebab hujan lebat.nanti mekap terjejas ** sakai tengok tv sambil biskut cecah air milo dulu ok bawa kereta slow slow arini. tak nak laju laju nak bukak kunci opis, tibe tibe oh, hai bossss ( dalam hati ) awal betul boss datang tengok jam OH, PUKUL 9.30 , PATUT LAH BOSS SEKALI JOIN BUKAK PINTU OPIS SAME SAME!! bodo betol. melepas nak jadi budak baik tahun 2011 ni melepas nak jadi staff cemerlang gemilang terbilang tahun 2011 ni benci benci benci |