Kata Kila




“I’m just a girl who is trying to find a place in the world where somebody will accept me, flaws and all.”

Website
Blog List
Read the story back




100% Copyright by Kata Kila
PEMENANG CONTEST AKU MALUUU

okay aku mintak maaf sebab lambat nak buat entry tentang siapa yang menang contest AKU MALUUU. okay aku mintak maaf banyak banyak.aku bukan buat contest bergambar. aku buat contest entry. so aku kena baca. bukan menilai gambar.boleh terima tak alasan aku.muahahahhahahaa. okay maaf!

nah sekarang, harini, saat ni, jam ni, aku nak umumkan entry mana yang menang :)

rm 10 (topup)
http://www.terbangtinggitinggi.com/2010/09/tuala-wanita-untuk-lelaki.html

rm 10 (topup)
http://centa4tiya.blogspot.com/2010/09/aku-maluuu.html

rm 30 (topup / wang tunai)
http://hanysapek.blogspot.com/2010/09/aku-maluuu.html

rm 50 (topup / wang tunai)
http://areyoupagess.blogspot.com/2010/10/aku-maluuu.html

tahniah kepada yang menang. kepada yang tak menang, boleh cuba lagi. nanti aku buat contest cerita imaginasi paling hebat eik? hadiah pun hebat lah eik? boleh gitu?kahkahkah.dah dah. tahniah lagi sekali

dua minggu dari sekarang, boleh email details kat KILA5546@GMAIL.COM.. kalau lebih dari dua minggu, maaf lah. aku tak jamin boleh dapat masa tu jugak hadiahnya. kot kot lah aku dah terguna duit hadiah tu :P muahahhahaha

korang memang best! :) terima kasih sebab sudi join :)

Labels: , ,



KILA,MIA,PIA

macam mana ni pia??

tu ayat masa nak jumpa mia kan kan, aku rasa kann, tak nak jumpa kan. malu kot!

dem, tapi kena jumpa jugak. grrrrr. teringin nak jumpa tapi malu. bongok. bila dah jumpa muah cit cit sikit, lepas tu makan ABC yang tak sedap. gila tak sedap. sebab tu aku makan tak habis.eceeewaahh!! tapi aku rasa aku salah pilih kedai? sebab ramai kawan aku cakap ABC kat situ sedap? syaitonnn betol

tengah makan, hujan pulak. pegi jalan jalan satu perak. ok aku tipu. bukan satu perak, satu manjung cukup. aku pun tak tahu sangat jalan perak. nanti sesat sampai melaka. anta mia terus lah kalau sampai melaka :P


dah round tangkap gambar. gelak gelak macam tempat tu kitaorang yang punya. dah puas tengok minah cina nangis kat jamban. kitaorang balik.hantar mia balik hotel, muah cit cit sikit, kitaorang pun balik.

balik bukan tido terus. tengok citer sutun, tido lewat. bangun esoknya, pukul 9.30. aku masuk keje lewat.dem dem. terjaga pun sebab bos aku kol nak tanya pasal kerja. muahahahahaha.

ape ape pun, thanks sudi jumpa ai eik pia & mia. sayang yu ol. eeeeceeeewaaahhhhhhhhhhhhh. getek je ayat

Labels:



AMAR DAN FAHAMAN BELIAU TENTANG..... (EGBB)

muka penuh kompiden.bertenang je


aku pernah buat entry pasal ni.tapi aku nak ungkitkan balik.sebab sekarang amar dah darjah empat dan dah sunat.mesti die malu bila baca blog aku ni. keji je perangai aku ni

1. (dalam kereta)

mak : adik. nanti singgah kedai
aku : mak nak beli ape
mak : beli telor.nak masak
amar : asyik asyik telor - telor.amik telor amar ni hah.amik.pergi masak.
dia yang duduk dekat belakang tibe tibe menyampuk.aku dah tak tahan nak gelak dah ni.dem


2. (rumah kawan mak. kawan mak baru dapat baby perempuan)

masa kawan mak salin kan pampers baby dia, kebetulan kitaorang ade depan baby tu.bile amar tengok, die macam terkejut, tarik aku, die bisik.bisik tapi kuat.macam haram je.baik tak payah bisik.semua orang dengar

amar : dik, nak tanya lah
aku : ape? (aku dah saspender dah.apelah soalan mengarut die ni)
amar : nanti amar dah sunat, jadi macam tu ke? hilang? rataaa je
sambil jari die tunjuk baby girl punye tuttt

ahhhhhhhhhh dem.aku dah agak dah.mesti soalan merapu.ape aku nak jawab ni..aku tampor jugak dahi budak ni

**************update*************

ini untuk sokongan pada abam hiro, kesayangan ketat ketat.muahahhaha,jom join ramai ramai. aku tak boleh tag, nanti tacing sebab tak tag yang lain lain.so aku akan BW, ajak ramai2 join.puas hati aku.kahkahkah



kelik gambar untuk pergi ke entry contest abam HIRO
good luck semua.muah muah!

Labels:



BANNER



Pada yang nak exchange banner, bagitahu. aku amik code, dan akan letak kat blog aku.khas untuk banner dan list belog lain..komen entry ni.kalau tulis kat shoutbox takut aku tak perasan.muahh sayang semua!

BELOGLIST & BANNER



aku buat bloglist dan banner tu bagi memudahkan korang nak blogwalking.pilih je link yang banyak banyak kat situ.kan kan.okay? sebab blog aku dah berat melebihi maksimum. grrrrrrrr. sedih dowh

wey, dowh tu ape? ehek ehek

Labels: ,



BUAH DADA ?

x perlu cakap pasal buah. taip perkataan cara, bentuk, panjang. arghhhhhh macam macam lah.penat aku taip nanti.banyak woo..sungguh maju ye..macam mane lah nak suci otak adik aku?arghh dem dem

pic kredit to : amazingnara

Labels:



TUTORIAL BESAR & ELAK GAMBAR PECAH

kalau korang tengok, setiap gambar dalam entry aku mesti semua image besar dan fit.penuh ruang yang sediada.

kalau ikutkan standard size blogspot bila dah upload, kecik kan?

meh nak ajar. OKAY NI UNTUK YANG TAK TAHU. BAGI NEWBIE YANG NAK BELAJAR.KALAU DAH TAHU, DIAM. JANGAN KOMEN.

first, bila dah upload, akan keluar IMAGE di COMPOSE
delete width: 400px; height: 256px; dan tukarkan number 4 tu kepada number 6 / 8
(ikut suka)
tekan preview.dah siap.yay!!. komen bila berjaya buat taw.nak tengok :P

Labels:



PERJALANAN YANG

okay perjalanan ke kl, satu je aku nak cakap

sakit pinggang aku.kahkahkahkah.duduk kat tengah tengah dalam hilux, sangat tak boleh blah.satu je kelebihan, ekon kene tepat kat aku.uiyooo heaven!

sebelum sampai,

tido nak kaver.tak nak tido kalau boleh dalam kete tu.sampai kepala tu dah macam berzikir lah dalam kete tu.kejap sengguk kanan, kejap sengguk kiri.senang kate kanan, kiri, depan belakang, lengkap syarat!.bukan ape nanti rosak my hair.boleh cakap gitu?boleh?kahkahkah.renyuk my baju. kahkahkah.padahal memang serabai?

selepas selesai (perjalanan balik) ,

bos belanja makan nasi padang.hati senang, perut kenyang, jiwa tenang. arghhhhhh membuta dalam kete siap pinjam bahu member.persetankan hal baju, hal rambut, muka semua.grrrr. tapi aku ok sikit dari member opis aku, tido siap nganga mulut segala? ( dia cerita sendiri ) dahlah naik kete bos.kahkahkah.aku nak bayangkan jap.nasib baik aku tak naik kete dengan bos aku? malu aku kalau dia nampak aku buat aksi 'zikir' tu.grrrrr


macam tu ke? kahkahkahkah.mampus aku kalau dia baca.tapi aku yakin dia tak baca.sebab dia tak suka bukak internet. yesss aku yakin dengan jawapan aku.

Labels:



MASA ENTRY NI DI PUBLISH

berkemungkinan aku dah ade ataupun aku tengah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur

Doakan perjalanan kami pergi balik dipermudahkan!


MANGA UNTUK DIJUAL

komik manga aku dah banyak +________________+,... nak jual lah.ada orang nak beli tak?

manga yang kawan aku punya, aku simpan tempat lain. aku tak jual.jangan risau.kahkahkah





ni gambar lama. memandangkan still tak boleh aplod gambar. grrrrr. kitar semula lah jawabnye!cepat sikit lah elok nye blogspot woi

Labels: , ,



TIBA TIBA AKU RASA MARAH

video

Aku rasa hal ni dah ramai yang tahu. dan dah pun dapat penjelasan dari pihak PDRM. tapi aku baru tahu semalam.serious macam katak bawah tempurung aku ni!dem

aku tibe tibe rasa marah. marah kat sape? korang sendiri lah pikir kan.


Labels: , ,



IMAGE UPLOADS DISABLED


Apesal gambar tak boleh aplod tapi aku punya entry ada gambar?miahahhahaha.teka teki.sila jawab.macam mana aku buat???aku tak amik link, tapi aku aplod kat blogspot ni okeyh!

semalam, amar pegi susun koleksi dvd dia.(kahkahkah. perkataan koleksi tu buat aku geli lah pulak!)

"amar pinjam citer kapow?" aku mula usik dia
"tak boleh?" amar jawab dengan gigih dan yakin.merecik recik air liur dia.

tak sampai setengah jam.dah nak dekat pukul 6 petang.

"dah pergi naik mandi" aku arahkan dia mandi. dah macam mak mak gaya aku suruh suruh ni. tapi dia tak naik terus. dia pergi kat dvd dia yang menimbun tu. tak lama.kejap ja

"amar buat apa tu?" aku tanya angkat angkat kening

"alif lam lam ha, sapa amik cd amar, putus jari"!!! adik aku jerit dari tangga

grrrrrrrrrrrrrrrrr

Labels: ,



HAPPY BIRTHDAY


alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku sampai cecah 21 tahun harini tanpa kehilangan orang tersayang.

okay, sedihkan ayat aku? hehehehe. tapi betul aku cakap. aku sayang orang sekeliling aku owwww. kalau takde korang semua, takde kawan kawan, takde family, takde krol kesayangan aku tu, sape lah aku kan.grrrrrr. sape nak wish besday kat aku siap kisss dahi sampai 5 ke 6 kali? grrrr ( peluk bantal )

okay, thanksssss sangat kat sesiapa yang sudi sms, wall post kat fb, bagi hadiah, kad hari jadi dan semua semua. thanks sangat. aku terharu. ( korek idung )

fesbuk, henpon (abaikan mespes.lama dah tak on), meriah masa hari jadi je eik? eekkekekeke

******************************update***************************

selamat hari jadi juga kepada blog kesayangan ni. KATAKILA DOT COM kerana telah berjaya mencapai umur setahun.muahahaha

Labels: , ,



SUGAR GLIDER

"nurul tengok tu"
"bie tengok tu"

"ape tu?" dorang tanya. aku dengan kompiden tahap lima belas jawab "tu lah sugar glider"

aku ajak semua tengok.tapi dua dua geli.aku pun geli tapi macam best je pegang?teruja gila ni. dalam hati harap lah dapat pegang. menatang tu ade pun sebab ade abam jual cenderamata kat proton tu bawak.

hal ni jadi masa aku pegi kempen derma darah anjuran proton kat manjung ni haritu. tak rugi aku pergi sebab dapat jumpa sugar glider.wahahahahaha



"abam, ni ape?" member aku tanya
"ni lah tikus. kalau tarik ekor dia keluar sayap"dalam hati aku dah kompius.menatang ni tikus ke?

keluar sayap?puiyooo.dengar lah kitaorang punya teruja tu.siap cakap "puiyoo, yeke?yeke?" ulang kali

abam tu siap buat demo.tarik ekor, keluar sayap. errrr lepas tu abam tu pergi acah member aku. nak bagi sugar glider tu.menjerit diaorang.aku rasa bergema jugaklah proton tu.muahahahaaha.

aku? aku tak jerit.sebab aku cepat cepat tutup mulut.kuikuikui

tengok. aku berani pegang. muahahaha.tapi sambil aku pegang tu

"cepat lah.cepat tangkap gambar.kaki dia cengkam cengkam ni."


Labels: , , ,



PERBEZAAN BLOG?

lepas baca ada satu belog tu. aku rasa tak blehblah. dalam hati ni duk cakap ** sabar kila sabar

meh sini nak habaq.blog banyak perbezaan.lain orang lain cara tulis.lain jantina lain cara melucahnye

macam beloger lelaki. takde hal nak sebut pasal tetek semua. ada orang kesah? lantak sane lah kan nak sebut apa pun. ape ade hal?depa pun ade tetek. tak betul? nak caras apa aku cakap?silakan.tapi ingat, hanya orang yang dilahirkan tanpa tetek je boleh caras apa aku tulis ni

beloger perempuan pulak? takkan semedang nak sebut hal potek? apa tu potek? pikir lah sendiri.tak kuasa aku nak terangkan. kalau beloger perempuan sebut pun, boleh kira. sebab? sendiri takde potek nak sebut sebut.betul?

sebab tu aku cakap, perbezaan kat situ.

yang penting, tak suka jangan tengok. kalau suka teruskan. tak perlu buat entry yang boleh mengguris beloger lain. kalau minat , follow. tak minat tak payah tinggal jejak, tak payah tinggal komen tak payah follow.dua dua pihak tak sakit hati

belog emo? semua orang ada emo.antara nampak atau tak.antara boleh kawal atau tak. ade beloger yang memilih untuk tulis dekat blog. luahkan ape yang terpendam dekat hati. kita sebagai readers hanya menghormati. baca kalau nak. tak perlu keji lebih lebih.

marilah berbelog secara damai.

Labels: , ,



KEKOK DAN TAK KEKOK



Muaahahha.tajuk dah macam bahasa ape entah. tapi memang tu maksud aku.siyes!

kekok bagi aku naik basikal. dah lama tak naik basikal.dan tak kekok pulak bagi aku nak bergaul dengan empat orang aweksss ni, siyes best. first time keluar dengan dorang.

mulanya bajet nak pergi derma darah. keluar lima orang. tapi sorang je dapat derma.kahkahkah.sorang susah cari urat.sorang kepekatan darah tak mencukupi.aku dengan aweks pakai baju purple pulak, masih lagi tak dapat derma darah sebab kitaorang baru lepas derma darah 2 bulan lepas.sedih seyh!grrrrr

love you guys! nurul, ma, bie ♥♥


dah penatttt, cari tempat makan pulak. ok siyes kedai ni murah.kat kawasan kampung. best rasa nyaman..dekat dengan laut. abc ni harga rm 1.30 yang laksa tu pulak rm 2.00. oh tak payah citer lah pekat kuah laksa tu.


habis hilang curl rambut aku.kahkahkah.padahal memang aku tak jaga langsung.susah nak tengok aku pakai minyak. grrrrr. malas seyh?

okay sekian saja dari karam wakila.

kahkahkah..

Labels: , , , , ,



AWAL DARI SEMUA




aku dapat gelang silver dari dia. hari rabu aku dapat amik kat pejabat pos.

wahhhh, dua dua tangan aku dah ada gelang. tak payah pakai jam lagi . oh yeahhh.

Labels: , ,



RAMBUT ALA DATO SITI

naik kereta, tengok dia bukak tingkap, aku pun bukak tingkap.seluas mungkin.keluar kan kepala sikit. nyaris tak hilang kepala kena tiang lampu

dia : ececeece
aku : ape cececece
dia : bajet siti nurhaliza lah rambut kene angin.terbang terbang segala rambut tu
ape lah dosa aku. terpaksa aku tutup tingkap balik.

gambar ni masa aku demam.merah segala muka

yes. sape sape tolong ingat kan aku.sabtu ada pasar malam.ade jagung bakar.muahahahahaha.abam pendek yang jual jagung bakar, sediakan jagung bakar sepeshel 3 ketol eik

Labels: , ,



TAK MARAH TAPI

pagi pagi bukak facebook, dapat wall post dari IJA

dia kata ada gossip panas yang buatkan hati dia agak panas.dia kata ada satu belog ni tiru entry kita orang. okay fine aku dah dup dap dup dap. tak pernah orang buat hal taik macam ni

entry dia yang ini, sama macam entry aku yang INI

entry dia yang ini sama macam entry aku yang INI

entry dia yang ni sama macam entry aku yang INI

entry dia yang kat atas ni sama macam entry aku yang INI

serious aku tak marah tapi aku geli hati.dengan gambar takbleh belah yang aku lukis guna paint tu pun dia rembat?pejadah?

aku disabled right click oh blog ni. rajinnya dia taip balik. ade pulak tu tambah ayat sikit sikit.muahahahahha.,dengan ayat kejap super saia, kejap aku, arghh dem

oleh sebab dia takde nuffnang, makanya boleh lah aku letak link blog dia,bukan ape, ade je karang duit die naik , traffic die naik sebab aku dengan IJA sebar link blog dia.muahahahaha..

sayang ko lah ezyan.. eh nama ko? eh? eh? aku sebar eh link blog ko eih?
http://shutupbeautyfuliar.blogspot.com.. sedapnya nama url. shadap beutipul layer? ko ni, kalau nak kopie pes tu pegi lah blog yang dah up.bukan belog picisan aku ni

grrrrrr.

Labels: , , ,



AIR APA?

arini lepas amik amar, aku pergi stesyen minyak. tapi bukan nak isi minyak.aku nak pergi maybank.aku baru keluar kereta, dengar lagu jamal abdilah. gadis melayu tu.

aku toleh, ada mamat miming lagu gadis melayu tu part " Sapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati Tiada Memikat" plak tu. sambil angkat angkat kening pandang aku. sumpah bongok.

bila dah pergi bank, aku pergi kedai tepi jalan nak beli laksa.beli kopok lekor.

" makcik, bagi air singgit." aku cakap slow je. bajet ayu ayu kan kan.
" nak air apa?" makcik tu balas kontot je.

aku tengok kat tempat air, ade air CINCAU je?

dem dem.arghh.emo aku.emo. emo

Labels: ,



APESAL DENGAN HARINI

aku tak tahu apa masalah harini.

dem dem dem.

nak balik tido.

oh dah pukul 5 lah.

jom balik ramai ramai.

1, 2, 3...

krooh kroohh (tido kat opis, tak sempat balik)

buat buat paham lukisan aku ni. aku tampor kang buat buat tak paham konon

Labels:



ALHAMDULILLAH

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.selamat pergi selamat balik.terima kasih kat semua yang doakan perjalan kitaorang :)

macam biasa family meriah.ada tema. warna hitam putih atau hitam merah.

masa ni pihak lelaki dengan pihak perempuan tengah ... apa tu? bergelut eih? ke berbincang? agagaga. oh, jangan tanya apesal bibik bos aku ade kat situ. serious sampai sekarang aku masih berperasaan aneh di dalam hati

merah putih. gabungan sangat cool .pergh

sarung cincin. cium tangan bakal mak mertua

okay inilah orang yang bertunang nyeeee. sape hubungan dengan aku? dia adik bos aku, adik ipar staff opis aku, abang member baik aku, abang staff opis aku. arghh sangat berkait rapat rupanya

aku terasa sangat pendek disitu ( tak mo terima kenyataan )

selamat bertunang, aboy dan eja! kek ni dah selamat kena makan masa sampai rumah aboy. muahahahahah.sedap.manis. gulp

okay ini aku. mintak maaf sangat lah bukan aku yang tunang. aku datang cuma menyibuk.amik gambar. makan free. buat muka tak malu. agagaga


vok tak kitaorang. muahahahahaahhaah. comel kan ejaan vok aku

mampus aku kena terajang, kena maki, kena tumbuk, kena tomoi. dan macam macam lagi lah. sebab semua ingat aku yang bertunang. mampus gua.grrr.

dalam kereta :

aku : krol, lepas ni mesti orang kene punya lah
krol : apsal?
aku : pasal entry kat blog lah.ramai ingat kita tunang
krol : padan muke.

dem.grrrr



SEMOGA MAJLIS BERJALAN LANCAR

aku mintak semua doakan yang baik baik tentang aku.sebab aku doakan yang baik baik untuk kau orang semua.jangan ada sifat dengki.itu sangat tak baik.nanti cepat kedut kedut itu muka.muahahaahha

oleh itu, (ayat bajet cikgu) aku nak mintak semua doakan majlis merisik & pertunangan (10.10.2010) berjalan dengan lancar. minta dijauhkan yang buruk buruk kepada kami semua

Doa Berlindung Dari Bahaya:


MaknaNya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya oleh apa2 jua yang di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

aminnn. gambar akan aku upload bila majlis selesai.

Labels: ,



LIBRA TENGOK SINI!

memandangkan aku pegang zodiak libra, nak post entry pasal libra.buehehehehe

Ramalan jodoh Zodiak Libra (23 September - 22 Oktober). empunya zodiak libra dikenali sebagai seorang yang sangat cool dan pemalu di publik, namun jika kamu mengenalnya lebih dekat, ia adalah senang mesra, mudah bergaul dan sangat romantik. Karisma dan kehangatan Libra sangat terkenal, membuat banyak orang terpesona akan kehadiran si libra

Sayangnya Kamu harus bersiap-siap merebut hati sang Libra, kerana saingan kamu cukup banyak, dan Libra tak akan dengan mudah membuat suatu komitmen serius sebelum ia merasa benar-benar sepadan dengan seseorang. Sisi positifnya, si Libra ini adalah sangat setia, yang sekali menemukan seseorang yang sepadan, ia akan menjadikannya sebagai pendamping hidupnya.

ini pula untuk semua yang lahir di bulan OKTOBER mengikut Dr.Fadhilah Kamsah

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat


p/s : aku rasa ada yang betul ada yang tak pasti.sebab orang yang tengok perangai aku.aku bukan nye jenis yang syok sendiri puji diri terlebih lebih.

apa kata yang berzodiak libra?perangai korang macam ni eik?ekekekeekke

Labels: ,



SEBAB NAMPAK TUA


apesal gambar aku ni nampak lain. nampak macam dah umur 21 tahun genap

motif entry

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

besday aku nk dekat dah.miahahahahhahaa

yayyyyy.

muje kata aku gila.post entry murahan promot besday.

arghh dem, kalau aku promote pun aku dapat hadiah banyak banyak ke? dem dem.muje keji.aku post entry ni sebab aku dah tak tahu nak tulis ape dah. serious. (nampak tak muka aku serious? penat aku kerut kerut kening ni.nak bercantum dah ni).. ko nak post entry pun mintak idea aku. miahahahahaa.muje keji keji.benci

Labels:



SERIOUS BUAT AKU HILANG MASALAH

video

aku tengok lapan belas kali tapi aku gelak dua puluh lapan kali kan kan.amat bergandakan kan di situ kan.

aku nak search pasal tutorial jahit baju, boleh pulak kan kan aku jumpa kan video ni kan.terus tak jadi aku nak tengok video lain kan.asyik dengar ayat dia

kan kan? kan kan kan? arrghhhh lima kali cukup

aku rase kalau aku dapat cikgu menjahit macam ni, nak buat bunga terbuat bentuk buaya

Labels: , ,



TESTING TESTING



jadi tak?jadi tak?miahahaahah..

aku belajar dari dvd tutorial tu. sehari je aku buat. tapi apesal aku tengok jadi lain?haha

lariiii lariiii.

fuh penat aku lari. +________+

Labels:



SENYUM TANDANYA


senyum masa tengah ade masalah bagi aku sangat cemerlang, terbilang dan gemilang.
sebab?aku susah nak nangis
sebab orang akan ingat aku tengah bahagia
tambah tambah bila tengok badan aku yang macam dah naik mendadak.

miahahahhahaha. sila gelak sama sama dengan aku.

sekarang aku sangat sangat memerlukan baby
sapa baby?
haruslah kucing aku.
grrrrrrr

Labels: ,