
![]() ![]() “I’m just a girl who is trying to find a place in the world where somebody will accept me, flaws and all.” Website Blog List Read the story back ![]() ![]()
100% Copyright by Kata Kila
| PADAH EJEK ORANG
serious aku pernah buat macam ni kat kawan aku.suke sangat ejek nama bapak aku. pantang aku lalu, mamat ni tepek tepi pintu, ejek nama bapak aku.yang bapak die jual ayam kat pasar malam tak kecoh pulak. kan dah kene dengan aku.terus senyap bile jumpe aku. berani die balas dendam, terus aku pindah skolah. ingat aku tak takut? takut bhai. saje buat muke inesen bile jumpe die.sebab die kene pun tak teruk sangat.kene kat kepala.bukan batang hidung Labels: sedap KATAKILA (DOT) COM?
yea, givemedoublekplease.blogspot dah tukar jadi katakila(dot)com sebab aku tukar?yang paling ketara, url aku panjang sangat.nak nangis gamaknye kak sumijelly nak sebut url aku tadi. sumpah malu. aku tepis tepis suruh die tak payah cakap.giveme giveme die sebut. aku rasa tu je sebab aku tukar.kalau tukar bodo bodo url tu, member yang folo blog ni tak tahu aku update blog. aku pulak yang nangis kang. nuffnang tak bagi singgit pun bile tak ade sape yang sudi singgah blog aku. nak beli eskrim buatan meleysia pun tak lepas. jadinye aku nak ucapkan thanks sangat lah kat kak sumijelly sebab sudi layan aku yang ngade ngade nak tukar itu ini bagai.hamzah! ko memang best. bagi nombor kak sumijelly.pastu terangkan kat aku pasal domain ni.che armster.walaupun ko terangkan aku tak paham.tapi aku tak kesah!aku cool je.haha.tak lupe pade korang. member aku yang folo blog ni. bak kate orang ape? blog picisan. thanks banyak banyak okey. nah coki coki sorang setengah!kongsi taw.jangan rebut rebut jangan bunuh bunuh Labels: thanks PENYANYI SEBENAR LAGU NOBODY
Ade subang labuh, baju sepesen satu geng, badan cutting straight, rambut kilat kilat kau ade?kau ade?aku pun takde. Labels: gosip artis SEBAB AKU TAK SUKA PAYUNG
masa sekolah, aku memang cukup pantang kalau mak aku suruh bawak payung mak : adik, bawak payunglah. gerimis aku : tak nak ah mak mak : dah kenape pulak aku : tak cool lah mak haah ye!aku rase sangat tak cool bawak payung.macam aku rase bangla jual karpet bawak payung pikul beg sekolah.tengah jalan nak pergi sekolah tu, member baik aku datang dengan payung warna warninye "wei kila, jom lah tumpang payung aku" "bajet payung ko besar macam pasar malam lah boleh muat 2 orang" "jadi lah dari takde" "ok. janji ko pegang.aku takmo pegang" "aku tahu lah" jalan punya jalan. sampai kat zebra cross, aku berenti nak ikat tali kasut yang terburai . aku nampak kaki kawan aku dah lari lari ke depan.takut kene langgar kete gamaknye. tibe tibe aku nampak payung member aku tu terbang terbang.last last terpelingkup kat tengah tengah jalan.dah macam penyu mati terdampar aku tengok "woi!payung kau" "erkk.macam mane ni wei. aku malu lah nak kutip" ![]() ohhh, payung die tercabut dari batangnye.patut member aku malu.aku pun malu.mahu tak malu, kete banyakk bai.larii lah tunggu lagi? Labels: payung KAMI MENYAYANGIMU
malam nuzul al-quran, opis aku buat malam berbuka puasa sekali dengan anak-anak yatim. agak teruja aku tengok budak-budak tu semua. dapat hamper, duit raya. dapat tengok bunga api (fireworks).rezeki diaorang murah bulan puasa ni..mudah-mudahan. aku update entry majlis berbuka tu esok. sebab aku tak transfer gambar-gambar tu lagi. tapi yang ade harus lah gambar aku dengan amar. haha Labels: sekeliling DOA PENDEKAT JODOH
![]() sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri sendiri. credit to FAIZ. thanks ;) p/s : internet slow, jadi aku sangat tak boleh jalan jalan pegi blog korang.nak komen entry korang pun aku kene tido dulu, mandi dulu, makan dlu baru boleh komen,tu pun kalau nasib baik la.aku selalu cakap kat laptop, "wei, miskol aku kalau dah dapat bukak komen form tu" malangnye, lappy aku buat pekak je. makanya, isnin ni baru aku boleh guling guling blog korang okey. Labels: doa THANKS!
![]() ![]() thanks wei. thanks sangat. okay che armster, disini aku nak bagi upah. percutian di rumah sendiri selama 4 hari 6 malam.aku siap aplod dalam fb lagi. muahahaha. sayang ko lebih lah gini Labels: kengkawan BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI NAK PIKUL BENDA TUTTT
Ohhhhhhhhhhhhhhhhh maiiiii godddddddddddddd tengok, sampai tersepiking aku dibuatnye. SAHUR
sahur? menu feveret aku roti bakar, teh o . kalau bukan teh o mesti milo panas feveret? yee feveret. mahunye tak jadi feveret. dah hari hari mak aku hidang menu tu! mak! nak pizza masa sahur. boleh? boleh? GULA
serious aku sakit perut pasal ni. keras perut aku. kompom esok sembelit hampa duduk sini. aku nak balik. ayat tu aku tak tahan. sila tengok sampai habis. berani jamin korang tak nyesal. kalau korang nyesal, korang boleh potong kuku aku. hehehehe Labels: lawak, video best ANAK HARIMAU
akibat kecomelan anak harimau mengalahkan anak kucing, makanya "MAK, NAK BELA ANAK HARIMAU BOLEH?" .................................................?????? "MAK?NAPE MAK DIAM MAK?NAPE?JAWAB LAH MAK.JAWAB LAH." Labels: anak harimau AWET MUDA
bila tengok entry awek INI, aku teringat kes aku. aku jenis kalau salam, suka tengok muka.kalau muka otai sikit, terus aku cium tangan. ada minah ni, dukung baby, muke boleh kata berani mati lah jugak. muka kerek je.ada aku kisah. aku tumbok kang aku buat muke inesen, salam tangan die, pelan pelan tunduk cium tangan MINAH : eh kak, nape cium tangan saya. saya muda lagi. baru 15 tahun AKU : ?????? haaaa.buat lagi muke kerek.buattt lah lagi.biar muke takde seri. aku korek idung celet kat ko kang baru tahu.cube senyum senyum sikit. baru awet muda.........macam haku. (tuih) tak pon buat senaman muka macam ni ![]() kompom umur 18 tahun orang ingat 70 tahun Labels: aku AKIBAT MENCINTAI
macam tu lah tajuk video yang aku tengok pagi tadi kat pisbuk hakak aku tapi aku rase video ni salah tajuk lah.kalau suruh aku bagi tajuk, aku letak jantan bacul takde telor, jalan terkepit lintah melekat di jubor ( ayat di petik dari komen komen video ni kat utube )
JAMBAN PUNYA PASAL
jamban, nak sental ko aku rase macam sental satu bangunan, nak sental ko aku rase macam serah tulang belikat kasi patah. dem sakit sakit badan aku. ni yang rasa nak buat signboard ni. letak sebelum masuk tandas SEKALI MASUK RM 1.00 letak tabung buluh tepi pintu jamban Labels: sekeliling SAMPAI HATI
bear besar aku koyak kat ketiak. aku syak, aku tidor macam beruang malam semalam.makanya, aku abaikan persoalan tang koyak tu. aku nak jahit takdelah kan. selagi tak terburai, selagi tu aku buat buat tak nampak. bile dah 2 hari kes koyak koyak tu jadi. aku pun sampai dah nak lupe, tibe tibe amar (adik aku) jerit kat aku yang mase tu ade kat dapur. boleh kate beria ia pakai apron bagai, gaya macam nak masak ciken cop, padahal nak buat kan adik aku air milo.tahu die cakap ape?die cakap ADIK, AMAR BUAT MACAM NI LAH KAT TEDDY ADIK aku dengan pantas, kat tangan pun ade sudu nak bancuh air lagi. tengok arah die tunjuk.kat tv die tunjuk satu aksi 18sg. WWE? dem. ko bergusti dengan teddy aku amar? gamakler koyak teddy aku. ko mencabuli teddy aku amar. KO BUAT AIR KO SENDIRI AMAR. KO BUAT SENDIRI. SEKARANG nyaris ko dah sunat amar.nyaris! Labels: amar PENCULIK BUDAK BUDAK?
selamat petang semua, aku baru bangun harini. mandi pun belum lagi. mulut pun busuk lagi. nyaris aku buat entry ni guna jari. okay, tengok gamba bawah tu, . yang baju belang belang aku, yang baju hijau hakak aku yang baju kuning adik aku. okay dah kenal? ![]() okay sekarang aku nak cerita pasal perangai pelik adik aku yang dalam gambar tu lagi sikit nak nampak potek dia. abaikan. batal pose korang kang adik aku ni, dalam kerete memang tak pernah duk diam. kejap kejap die melompat, kejap kejap die ulang balik dialog cerita yang die tengok.kejap kejap nyanyi. boleh kate tak payah pasang radio setel! haritu, aku nak amik hakak aku balik keje. aku bawak adik aku sekali kesian tinggal sorang sorang.bile kete dah jalan, kat traffic light boleh dengar aku jerit macam ni WEI, INGAT AKU PENCULIK KE HAPE ape punce aku cakap macam tu? adik aku pergi ketok ketok tingkap kete pastu jerit jerit TOLONG TOLONG TOLONG saje bagi aku pemes kat tengah tengah jalan tu . kiri kanan tengok Labels: sekeliling KEJUTAN BUDAYA
eh, haku hongline ghuna berokh band hakak haku lah thu pashal ayat aku macham haram ada broadband tapi SLOW! benci aku. sori kak, terkutuk berokband ko pulak.muah muah cit cit ape pun, aku sekarang tengah kejutan budaya ni. pasal si hamzah post lagu raya best tadi. selalu terngiang kat hotak aku lagu raya tu. SINI oh ye , ade pesanan penaja sikit. meh tengok ![]() ![]() ![]() ape? tulisan aku lawa?mekasih.susah susah je puji. memang tulisan aku LAWA SIKIT dari adik aku yang baru darjah 4 tu.Labels: aku HANTU?
selamat petang semua. emuah emuah cit cit ♥♥♥♥♥♥♥ ![]() ![]() soalan. ni hantu apa? tuih tuih. lariiiiiii Labels: aku MOTIF PERBUALAN
korang! pernah tak masa sembang dengan member tu, korang teliti ape yang dorang sembang? kalau tanya aku, aku jawab terus terang aku perati stau satu ayat die.otak aku cepat sikit tangkap motif perbualan ni. otak keji katakan. kalau diaorang cakap, aku dengar. dalam aku diam, otak aku berpikir, hati aku cakap sorang sorang. boleh gitu? hehehe selalunye macam ni 1. semalam aku tengok cenel HBO, ade cerita best ( motif : ada HBO kat umah ) 2. harini aku nak tengok wayang dengan tunang aku ( motif, dah tunang) 3. haus lah ( nak bagitahu die puasa. tak pun nak mintak belanja air ) dan lain lain. keji betol perangai aku. aku gurau je.ayat kat atas aku reka. takde kene ngene dengan beloger lain. mati karang aku kene serang. tak sempat aku raya.donttt donttt ok, aku nak uji minda korang.sama tak dengan aku.kalau same, boleh geng.kalau tak same, belanja aku mekdi ciken mek-dilax set besar satu. ayatnye : SEJAK. ADE. BLENDER. BARU. MAK. AKU. RAJIN. BUAT. AIR. TEMBIKAI. ape motif ayat aku tu? sile sile. jawab dengan pantas. hahahahhahahahahaahaa ![]() SELAMAT HARIII RAYAAAAAAA. tenenet tet tet tet tet tet, tenenet tet tet tet tet tet. sekian mekasih ( tunduk, tunduk ) Labels: selamat hari raya MERAH MUKE AKU
Hello, selamat petang. tengok tajuk. ape yang buat muke aku sampai merah.cilanat tol okay macam ni, semalam aku dengan krol pegi giant jalan jalan jual muke mahal ni kan.tengah jalan jalan aku dengar bunyi KENTOT aku tengok muke krol, die buat muke tak bersalah je. eh, biar betul krol yang kentot.ade je aku siku die kat situ jugak tapi bile aku tengok pakcik depan, die pegang ponggong sendiri. pastu terteleng teleng tengok kiteorang kat belakang die. agak agak kalau kire guna cm ade lah dalam 50cm je kiteorang kat belakang pacik sengal ni. memandangkan aku lagi pendek dari krol, aku hanya dapat tarik tarik baju die. die pandang aku.aku pandang die.last last gelak.aku ajak krol blah pegi kat sani dengan bob. ![]() sampai sudah aku gelak gelak. dalam kete, tengah baca buku MANGA, tengah taip entry ni pun aku gelak lagi. haram jad ![]() bila tengok gambar atas tu.korang sila bayangkan masa aku nak tangkap gambar tu. muka aku masa muda muda bergetah. pastu tangkap gambar ikut style yang tengah jadi ikutan masa tu. buat mulut itik, pipi kembung sikit, muka bajet sikit. tangkap gambar dari atas, mate sebelah je nampak. dem dem dem lagi sekalik PONGGONG KASI LEBIH
Selamat pagi semua . hohohoho ( gelak santa claus ) ok harini aku nak tunjuk ponggong lebih. bukan nak kasi batal puase ke ape.cuci cuci mate je.aku suke tengok video ni. banyak kali aku ulang tayang nak tengok part ponggong tu. cantikkk je serentak errrr lucah ke? takkannnn. debushhh! btw thanks nuffnang, sebab tambah aku punye buffered earnings. bukan nak berlagak kat sini. aku panggg karang sape sape cakap aku berlagak. aku kan ayu, aku kene lah hargai nuffnang. aku janji tak buat "slek" lagi nuffnang. memang nyesal lah haritu. hilang semua buffered nuffnang aku yang sediada.sobs! ![]() Labels: luahan hati, sekeliling LURUS BENDUL KE?
morninggg pipel . ♥♥♥♥♥♥hah cakap omputih ko. jangan jeles. pejam celik pejam celik, dah lama kite puasa kan. ceit! membohong pejam celik pejam celik. punyalah sabar aku menahan puasa bile ternampak hakak aku makan dalam bilik die.ceit ceit.mentang mentang awal awal puasa hakak aku dah tak boleh puase. okay, ni cerita pasal aku dengan hakak aku. walaupun die hakak aku tapi agak berlainan perangainyee ye adik adik. die agak ayu. ayu ke ko nyah?benci aku. aku pulak? ohh jangan cakap. time sekolah aku main terajang terajang dengan kawan lelaki aku.tapi aku rasa aku ade jugaklah ayunye dalam hati ni. ceit hal ni jadi masa sahur pagi tadi, aku macam biasalah kan, manusia dalam rumah yang paling lewat turun. aku turun tangge dengan mate tertutup. terrer kan aku. keji je perangai. bile aku dah duduk depan roti bakar yang mak aku hidang, aku tengok sebelah. eh mane hakak aku? aku tanye amar, amar jawab air tumpah kat alas kaki.hakak pergi lap pastu aku dengar mak cakap " ALAS KAKI TU LETAK JE DALAM BILIK AIR MAK, NANTI MAK BASUH" aku tengok je akal hakak aku. die diam, naik tangga. lepas lima minit baru die turun. lepas sahur aku masuk bilik air kiteorang (aku dengan hakak aku), aku tengok alas kaki dah berendam dalam hati aku cakap "BAGUS BETOL MINAH NI" masalahnye sekarang, aku tengah imagine. kalau aku lah duduk kat tempat hakak aku. mak cakap macam ni " ALAS KAKI TU LETAK JE DALAM BILIK AIR MAK, NANTI MAK BASUH" siyes aku cakap. aku buat betul betul. muke tak bersalah je. lurus ben betul aku ni.mesti mak aku rase nak cukup cukup lah perangai aku sorang dalam rumah tu. tapi!, adik aku pun perangai macam aku. die tu lagi lah lurus ben tahap kedua, ketiga, keempat dan kelima. tu aku rase bukan lurus ben dah, tu MALAS. maafkan kami pendekar tua! maafkan kami pendekar tua MULUT BUSUK
hai semua selamat hari raya . kuikuikui..(HAPPY BIRTHDAY SAYANG) nyampuk kejap haritu aku nak gosok gigi, tapi aku tengok ubat gigi HILANG?. dalam otak aku duk kire kire toyol mana curik ubat gigi aku ni. yelah, mane tahu, tensen punya pasal tak dapat curik duit curik ubat gigi pun jadilah.al-maklumlah, miskin, duit takde aku pun punya lah malas nak keluar bilik air, aku main jerit je dengan mulut busuknye.pedulilah kan KAKAKKKKK! OBAT GIGI MANE! kat bilik air mak.mak lupe nak beli.kakak aku jawab rilek je muke tak besalah PERGI LAH SURUH AMAR AMIK.BUSUK MULUT NI! aku masih lagi jerit jerit walaupun jarak aku dengan kakak aku yang tengah lepak lepak dalam bilik die sangat tak jauh.aku malas cakap slow slow. nanti tak dengar kena ulang balik, penat lah aku,puasa katakan sekali aku dengar suara amar cakap "NAH" dekat kakak aku.tapi kakat aku balas "PEGILAH BAGI KAT ADIK" aku rilek je termenung dalam bilik air.menunggu ubat gigi sejemput tu punyalah seksa! sekaliiiii, adik aku baling ubat gigi tu . nyaris tak kene ponggong aku.sakit kot kalau kena.tajam tu.berlubang ponggong aku.makanyaa ![]() AMARRRR!!!!HILANG POTEK KO AMAR KALAU KENA AKU TADI soalan disini.potek tu ape?hahahahaha.sekian terima kasih.. Labels: aku BATALKAN PUASA SECARA HALUS
hello semua selamat petang. ♥♥♥♥♥♥♥ harini puasa ketiga. masih lagi takde perubahan. cuma aku rasa aku TERBAU makanan secara tak sengaja. boleh ke aku guna ayat tu?makanan yang aku maksudkan tu, ade orang buat kuih sampai naik bau nye. aku bauuuuu kuih tu dalam dalam, tarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk napassss tak henti henti. bajet nak membatalkan puasa secara halus lah tu. aku tipu je. nak tak nak , kena bau jugak. ade je karang aku tak sambut raya sebab mati tahan napas kat opis ni. RUPA PENCABUL BUDAK
oh helloo semuaaaa ;) ♥♥♥♥♥♥ ![]() harini puasa kedua. sangat macam biasa. takde perubahan macam semalam. balik kerja pun pukul 4.tu pun lepas berlaku pemberontakan di opis . okay aku tipu harini aku nak cerita pasal pencabulan budak budak.haramjad betol ( aku tulis je tak mencarut pun ) jom tengok gambar si pencabul tu.mane tahu kot kot dapat jumpe depan depan. kan bonus tu. ![]() ko tengok ko tengok! tangan aku kat mana,kat ponggong budak tu. melekat je kat situ. cilake tul..malu aku. aku tengok, aku gelak , aku tengok aku gelak.last last gile cam pundek je bile tengok lame lame. rupe pencabul dah aku ni. sebenarnye aku nak tahan baby boy tu. gerak sane sini. tak cun lah gambar kalau die gerak gerak. tak vogue lah aku nanti.boleh terima tak alasan aku tu? urghhh! blahhhhhh p/s : idung aku asik gatalll je time puase ni.time bukan bulan puase tak nak pulak gatal.ni yang rase nak tinggal idung kat dalam peti ais ni!sape sape ade idea macam mane nak korek idung tanpa kurangkan point puasa aku Labels: aku FIRST DAY PUASA ?
hai semua ;) macam mana puasa hari pertama. kalau tanya aku. aku teruja. alhamdulillah takde ape ape halangan walaupun aku tak bangun sahur. bile tanya akak aku kenapa tak kjut aku sahur dia jawab " tak larat aku kejut kau banyak kali " sedih aku. nak menitik je air mate masa mandi pagi tu. nak mencarut kang sia sia dapat diskaun markah puasa aku.sobsss sobbss.nyaris gastrik aku tak buat hal.phewww aku doakan korang punya puasa pun tak de masalah sampai genap sebulan ( bagi lelaki ). bagi perempuan selagi belum menopos, mestiii akan terponteng.hahaha byeee! PADA MU KU BERSUJUD
selamat pagi semua ;) ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ serious aku cakap, video klip ni lagi bagus BERBANDING lagu HAFIZ AF yang video klip tengah dalam koma tibe tibe tersedar terus sambung nyanyi.dem!logik kah? ![]() Labels: video best SELAMAT SEMUANYA
haii, ;) lama dah tak update blog ni.dah bersawang, keluar ulat ulat tak? huhu..meh kite bersihkan.buang lalat lalat tu, ulat gonggok bulus bulus tu.yang pasti lipas tak dibenarkan ade dalam diari kesayangan aku ni.ceit! oh berkaitan tajuk entry aku untuk kali ni, aku tak nak kelewatan ucap SELAMAT BERPUASA pada semua umat islam. pada kawan kawan yang baca blog aku ni, thanks a lot. aku akan merayap kat blog korang.hehehe aku rase macam nak tulis sekali selamat hari raya tapi macam awal sangat je.hehehehe..eh, mentang mentang aku dah 21 tahun, semua budak bawah umur aku mintak duit raya dari aku. eh eh eh ehhhh. SAYA PUN NAK DUIT RAYA JUGAK. boleh gitu? BYEEE semua, ;) ;) ![]() "selamat berpuasa lydia. rindu awak" Labels: sekeliling SITUASI MEMALUKAN DIRI SENDIRI
selamat pagi ini entry sangat ringkas tapi padat macam apam penyet tak jadi.mari mula selama korang hidup metsi ade situasi yang boleh memalukan diri sendiri.maksudnye kat sini situasi yang korang tak jangka akan jadi kat diri sendiri atas silap sendiri.aku pernah dan selalu je jadi.tapi aku rilekk je.aku kan rock SITUASI 1 : aku dengan kakak tengah layan cerita 60an. senang cerita tengok cd drama melayu lah. P.Ramlee and the gang berlakon.tiber tibe ade satu scene dalam cerita tu die tunjuk ANGJING tengah hidu hidu tanah.aku dengan kompidennye cakap dengan kakak aku aku : eh kak! zaman P.Ramlee pun dah ade anjing eik ? akak : ko tanye aku soalan bodo ke soalan bodo? aku : kenape pulak ? akak : kalau ko tanya pasal dinosor takpe gak.logik lah jugak.ini tanye pasal anjing aku : ( blur lagi ) akak : KAN HANJENG DAH LAME ADE.BERKURUN ABAD DAH. dem! aku malu gile.gelak gelak.nyaris aku tanya kat kakak aku.buat aku tanya kat sape sape hentah, mau aku kene nganjing setahun pasal HANJENG SITUASI 2 : aku pernah buat entry pasal aku ikut krol dengan kawan kawan dia layan karoake kan. bile diaorang tengah nyanyi nyanyi tu, aku ajak krol teman aku pergi ladies ( toilet ).biasalah aku kan pemalu (bongok) aku ni dah tak tahan dah ni. terkepit kepit aku jalan.mak aku cakap tak elok tahan kencing nanti darah tinggi. aku tak nak lah sakit sakit ni. jadinye bile dah sampaid epan toilet aku terus zassss masuk toilet. tak pandang kiri kanan. masuk terus kunci pintu utama . bajet nak menguasai tandas tu lah taknak kasi orang lain masuk. bile dah lega tu, aku dengan muke inesen nye bukak pintu, pergi dekat krol yang macam tengok muke aku tak boleh blah berdiri luar toilet.aku rasa macam apasaal lahh die ni tengok tengok macam tak pernah tengok aku. dalam hati bajet cakap aku lawo kot malam ni ( malam tu je lah ) sekali die bisik, "kenapa kila masuk toilet lelaki.hehehe" dem!malu aku. apasal lah tak tegur dari aku sebelum masuk tadi.sempat lah jugak aku nak lari pegi toilet pompuan.bongok je aku rasa malam tu.alasan die tak sempat cakap sebab aku kelam kelibut masuk tandas. SITUASI 3 : dulu dulu kan mase sekolah menengah ke rendah ke selalu pakai kerusi plastik . ade setengah tu yang siap tempat letak tangan.ade setengah takde.makanyaaa aku suka amik yang siap ade tempat letak tangan bile dah dapat kerusi macam tu, aku rase kelas tu aku yang punya.yang lagi over nye aku suka main jongkat jongket.paham tak macam mana situasi tu? sendiri paham ye.aku tak tahu nak terangkan macam mana.kihkih bile dah selalu main jongkat jongket kerusi tu, dah jadi terbiasa.sampai masa cikgu ajar kat depan punn aku buat jugak.last last cikgu aku sound setepek kat aku
aku selamber je buat muke inesen.aku kan rockk.hahaha ![]() aku kan rock, tapi aku pemalu GOLF TOURNAMENT 2010
vanakam!selamat tengah hari ♥♥♥♥♥♥ nampak gaya macam bizi kan aku.lepas wedding member, esoknya ade tournament golf anjuran opis aku pulak.rasa macam bizi kalah perdana menteri india.dem 1hb august 2010, aku dengan tegarnye bangun pukul 6.30 pagi tupun lepas member opis tolong kejut.perghh gile kelam kabutt aku nyah! ![]() ni antara staff tegar office.sangat sangat tegar ![]() dem.bibir wa kering siot. panasssss ![]() aku rase macam comel disitu. rasa macam mintak lempang kan ayat aku.hakk petuih ![]() serious susah buat gaya ni kau tahu kenapa aku cakap susah.tiga kali okay percubaan buat gaya ni.gila babi setan gondol punya susah.tetek ke bontot yang berat aku pun tak tahu.masa first buat ni, kiteorg jatuh.gila rasa bergegar pulak padang golf tu.serious rasa macam bergegar.macam setannn perangai..blahhh SELAMAT PENGANTIN BARU
selamat pagi ♥♥♥♥♥♥♥♥ rasa nak away dari blog, rasa nak kurangkan update blog.sesiapa yang masih sudi baca tu thanks a lot okay ![]() selamat pengantin baru AZRY && NADIA ![]() aku && sakinah. ![]() amar.pengapit aku untuk haritu ![]() aku menyibuk tepi pengantin perempuan ( amik berkat ) 31hb julai 2010, aku pergi kenduri kawen member aku.yang pengantin lelaki tu lah member aku..bajet tak nak bawak kamera.tapi aku bawak jugak.ceit.lebih lebih gambar, dalam facebook aku.hehehe |