Kata Kila




“I’m just a girl who is trying to find a place in the world where somebody will accept me, flaws and all.”

Website
Blog List
Read the story back




100% Copyright by Kata Kila
KAHWIN?KAHWIN?

apa ingat aku nak berbincang pasal main kahwin kahwin?bukan bukan.silap besar lah kalau aku nak cakap pasal permainan yang aku tak pernah main tu.okay betol.aku tak pernah main kahwin kahwin.sebab aku rasa macam erkk.pelik?ye pelik.

bile cakap pasal kahwin.aku rasa aku cukup muda nak bincang pasal kahwin.rupenye aku silap lah.kawan sebaya aku ada yang nak kahwin bulan julai ni.oh aku memang tak sangka.dia aku nampak macam belom matang rupenye ade sekelumit jiwang dihati.ohmaigod.sayang betl dia kat tunang dia.abes semua gambar kat PISBUK dia dengan tunang dia saja.

aduhh, seram lah aku macam mana dia punya berdebar debar nak tempuh alam perkahwinan tu?okay aku nak mula berpikir.masak?kejut laki pagi2?jaga anak?kemas rumah?lipat baju?makkkk aih!


amaran keras.kalau rasa belum mampu nak pikul tanggungjawab yang aku senarai kan kat atas, jangan ada gatai gatai nak kawen..jom ikut aku pergi kelas belajar masak dulu.hahahahahha


CERITA AMAR LAGI

"adik jomlah"

"takmo!"

"jom lah.kenapa adik ni"

"adik cakap tak mo, tak mo lah.lempang kang"

"amar ajak akak sekali nak"

"takmo jugak"

"alah dik, mentang2 sekarang dah berani tido sorang."

okay, tu cerita sebenar.aku dari dulu payah sangat nak tidor sorang sorang.selalu ade je peneman.kalau masa sekolah dulu, akak aku ada perkhemahan bagai, aku akan tarik bantal tido dengan mak.tak pon, aku tido dalam terang.sangat tak logik kan.tapi kenyataan.

mak aku lah jenuh, asyik ulang alik depan bilik aku.nak tengok aku dah tido ke belum.dia nak tutup lampu bilik aku kalau aku dah tidor.tapi sekarang tak lagi.aku dah berani tidor sorang.okay bangga kejap.kembang hidung aku

sebab tu lah amar ajak aku dengan akak tido sekali.lama dah tak tido sekali dia kata.tapi tapi.aku tak sanggup.tahu kenapa.dia dah besar, aku dah besar, akak lagi lah dah besar.mana muat katil!!!tak muat tak muat.malam atas katil ada 3 orang, esok pagi bangun ada sorang je atas katil.lagi dua ada kat bawah katil kena smackdown



SEMENJAK DUA MENJAK NI

dah tiga hari aku tak updated.asal cuti ja, tak update lah aku.maklumlah takde duit nak bayar broadband.misi mengugut abah mintak duit bayar broadband sangat tak menjadi.hampa pedih jiwa lara.asal aku mintak duit

"abah, adik nak duit"

"buat apa?"

"adalah.bak cepat"

"takda duit"

okay sedih..semenjak dah kerja, aku selalu kalah kalau bab mintak duit.rasa macam nak berenti kerja.duduk melepap kat rumah.berak kencing makan minum online tido.jadi beruang.boleh ke mak macam tu?

kita bukak cerita lain..semenjak dua menjak tiga menjak ni, asal bf aku bawak kereta aku.mesti aku rasa macam ada dalam litar.ketam kejar ke?itik ligan ke?

sampai jalan aku rasa macam nak mengesot.nak jadi macam saster ngesot.hantu indon yang tak cun tu.siot betol bf aku.nak kejar boost punya pasal.aku jadi mangsa.bukak tingkap.tak kasi bukak ekon.habis rambut aku ngerbang ngerbang.ade je karang keluar kereta rambut jadi afro.sedih sungguh

ni sebelum dan selepas bf aku bawak kereta laju laju.perut kembang jadi mengecut.mungkin ni yang orang kate kecut perut?mungkin

aku gigil gigil dalam kereta.tapi aku kaver.nanti bf aku gelak.kalau dia gelak aku rasa macam nak tumbok dia

ni bila dah sampai rumah.naik tangga ketar ketar.naik mengiring macam ketam.masuk bilik, hempas badan kat katil.lipas lalu sebelah pon tak perasan.tapi sekarang aku dah biasa.dia bawak laju, aku tutup mata.aku bawak laju takpa.jangan dia.benci benci wakakakka

Labels: ,



KERETA UNTUK DIJUAL.POTONGAN HINGGA SEPARUH HARGA

okay semua, aku nak buat pengumuman.harap ambil perhatin.tak nak ambil perhatian, ambil penantian pon okay jugak.aku terima seadanya

disini aku nak bagitahu ada kereta yang boleh dirunding harga sampai tinggal genap genap separuh daripada harga asal.murah kan.murah kan.tapi bukan dapat dapat terus boleh bawak.kena repair sikit lah.nama pon murah kan.mesti ada sebab jual murah.ahaks!

warna merah.wow.merah saga ke, merah pekat ke, merah jambu ke kurang pasti.meh kita tengok

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


p/s : maaf semua.maaf (tunduk.. tunduk, jalan sambil tunduk bawah ) buat muka tak bersalah

Labels:



MIDNIGHT. PRINCE OF PERSIA

hehe.seronok lah petang tadi aku ngulor pergi beli tiket wayang midnight prince of persia sekali beli hadiah newborn baby.kawan mak dapat baby boy.wahhhhh comel betol.mak cakap


"putih betol kulit dia"


eeee,tak sabar nak tengok.lepas lunch kuey tiow, aku beli baju sekali 6 pasang.comel betol.warna biru..hehehe, apa ntah nama baby tu aku lupa pulak nak tanya kat mak..

apa pon aku sakit hati betol arini.ada minah bagi aku sakit hati.ingat aku diam, tak bernanah ke hati aku ni.sakit je hati aku ni tengok kau berkira kerja dengan aku.aku kat luar , kau kat dalam.takkan berkira lagi bab kerja?sakit betol ulu hati aku.iskkk

oklah, aku nak pergi sambung buat kerja.babai babai

Labels: , ,



BANYAK BETOL AKU HUTANG KAT ORANG

aku rasa sesak jiwa bila baca kat shoutbox.aku kena tag.aku kena tag.susah hati.nak buat, tak terbuat lagi.bos aku asyik dok mintak company profile pon aku asik tangguh buat.hehehheheh

okay, bermula lah aku bayar hutang beloger aku, CIK PIA

cik pia letak gambar aku pun nal letak.tak nak kalah.walaupun tak disuruh

10 fakta tentang aku,

  • kila
  • lahir 1989
  • anak kedua dari tiga
  • dah kerja
  • suka baby girl
  • suka kucing
  • agak tepati masa
  • pemalu
  • kuat tido
  • nak kereta lagi.bukan kancil.tapi panda comel

10 perkara menakutkan aku :

  • hilang salah sorang dari family,bf or bff
  • tinggal sorang2 dalam rumah
  • lipas
  • abah marah, (mak marah takpe)
  • migrain terlampau
  • sakit
  • terlanggar binatang kat jalan raya
  • HP, purse, kunci keta hilang
  • mati
  • sakit

10 perkara yang selalu aku sebut :-

  • ape tengok tengok?
  • ah diam lah
  • belasah kang
  • sibuk la
  • tumbuk nak
  • kot
  • jadah
  • janji?
  • mak aih
  • jangan ah!

10 perkara yang amat bernilai bagi aku :-

  • diri sendiri
  • keluarga
  • bf
  • kawan semua
  • kereta
  • duit
  • pertolongan yang aku terima
  • hadiah yang diterima
  • blog ni lah hee
  • kepercayaan family

10 "pertama kali" dalam hidup aku :-

  • pes time jatuh cinta - 2003
  • pes time kapel - 2004
  • pes time drive kereta - 2008
  • pes time kena masuk icu - lupa tahun
  • pes time jatuh beskal - lupa tahun
  • pes time add math lulus (bangga) - 2006
  • pes time pitam kat sekolah - 2006
  • pes time dapat saman - lupa tahun
  • pes time kerja lebih dari setahun - 2006 sampai sekarang
  • pes time kena jawab soalan macam ni huhu

7 ahli yang terpilih :-

  • liza
  • TTT
  • aaaaaaaaaaaa semua semua

heheheh peace peace


LAGI KES MENGHINA TUHAN ?


kebetulan atau ....................................... ?

Labels: ,



KILA BARU BAIK DEMAM

masa pergi potong rambut, aku mengalami kecut kecut kaki tangan muka hidung telinga mulut bla bla bla akibat mengalami sejuk (aircond kat saloon) yang terlampau.aku rasa aku hampir hampir mengalami simptom simptom demam dan seakan akan berubah menjadi penyu comel kebuluran yang terdampar di tepian pantai.(comel lagi)

dalam hati , asyik bermaki makian bila beruang yang buat rambut aku ni, asik menjawab talipon persis seorang bisnesman menjual itik katik.sangat membara di jiwa.sangat sangat menguji kesabaran ye.makanya,

"ehem, buzy betol ye you?"

"soli aaaa"..dia senyum


nyaris betol muka dia macam gay yang sejati semati.kalau tak mesti aku dah kenen kan dia dengan kawan aku yang sama perangai dengan dia.suka jawab talipon macam operator.

bila rambut dah siap, dengan terketar ketar aku pergi klinik dengan kakak.bila pergi kaunter bagi ic.orang kat kaunter tu cakap

"adik, doctor lagi setengah jam ye"


aku rasa macam..bontot kau lah lagi setengah jam.aku tak tak tahan ni.tulis je 24 jam.sakit hati betol.berani kau memperkotak katikkan aku.dah la klinik kau sejuk macam bilik mayat dah aku rasa..tapi takpe.lepas setengah jam, jumpa doctor, kena bayar rm 30 bila dapat ubat.

jadi kesimpulan bagi entry ini, mari aku huraikan

  1. aku dah potong rambut
  2. aku demam selama 3 hari
  3. klinik *** ******** tak best.wakakakak

tapi yang paling paling pasti, aku dapat ubat yang sangat banyak dan sangat besar ye.aku rasa tak gamak nak telan.sangat sangat sangat tak gamak.banyak betol aku guna perkataan sangat.sangat musykil.eh, sangat lagi..dah, aku nak breakfast.sangat lapar bila 3 hari demam, tak dapat makan apa apa pon.BABAI semua BABAI

Labels: ,



SAPA AJAR DIA CAKAP MACAM TU!!CEPAT NGAKU


balik rumah, amar terjah aku lagi.

"HAH!adik nak tanya boleh?"

"apa?"

"adik dah besar nak jadi apa"
(abaikan soalan ni.apa jadah lah dia tanya aku bile besar nak jadi apa.aku dah besar ni tahu)

"apa punya soalan ni.soalan lain.next!"

"maneade soalan lain.adik nih!jawab jelah"

"urm.adik kompius nak jadi ape sebenarnya.amar nak jadi apa?"

"amar nak jadi pilot"

"oh mak aih.best tol cita cita.ni mesti tadi sekolah buat karang pasal cita-cita"

"eh, mana adik tahu?"


aku diam, malas nak layan.ade aje karang aku berbalas pantun pulak dengan dia kat depan tv siaran mr bean feveret dia.tak nak kalah balas pantun segala jadah pidato, syair, sajak aku balun nanti.dalam family memang semua panggil aku adik termasuk lah amar.tapi depan kawan dia, dia langsung tak bagi sekutu-sekutu family, rabbit aku, termasuk lipas, cicak segala yang ada dalam rumah aku tu panggil aku adik.marah betol dia.dia cakap

"mak, kawan amar cakap, besar betol adik kau.adik aku kecik je"

aku rasa nak jumpa kawan dia, nak mintak otograf dia kat bahu aku.bijak bijak.amar pon makin hari makin bijak.bijak mengikut.cepat je benda kawan dia buat kat sekolah dia nak mengikut.permainan lempang lempang muka, ojus ojus, permainan lawan pemadam segala.

dia pon dah jadi pemurah sekarang.aku bekalkan dia pensil 2B panjang masa dia nak pergi sekolah, alih alih bila balik, aku tengok pensil dia dah bertukar HB dan kontot.sekontot jari rabbit aku.aku belikan pembaris panjang, bawak balik pembaris yang dah pecah pecah, yang kalau nak garis lurus boleh jadi tajam tajam.bagi pemadam elok 4 segi tempat, tak sampai seminggu, empat segi tepat dah jadi bulat.dia cakap kawan sebelah dia lupa bawak pemadam.tapi yang aku musykil, kawan sebelah kah, satu kelas dia?pemurah betol adik aku

sekarang pon dah pandai menjawab.pantang aku bom dia.dia bom aku balik.pantang aku silap cakap, dia potong.aku rasa nak potong lidah dia bagi tak bersuara terus..dulu dia ada potong perbualan aku dengan mak

"adik, nanti singgah kedai beli telur"

"ye mak"


tibe tibe dengan campur campur bunyi guruh di langit, amar potong

"asik telur je.nah amik telur amar buat masak"

aku rasa aku macam kena ketuk dengan kayu hoki di belakang.betol ke apa aku dengar.aku tak pernah ajar adik aku gitu.aku selalu ajar adik aku cakap dia punya tu sebagai potek.sebab aku rasa macam kiut.grrrrr.sapa ajar adik aku, cepat angkat tangan.panggg!

Labels:



HAH?KENCING MANIS??

akak balik dari keja tanya aku.

"asal muka macam taik ni"

"aku kena marah lah"

"halah.kena marah kecoh.macam kena paksa menari bogel"


"kauuuu......lempang karang"

itu antara perbualan aku dengan akak aku yang sangat terserlah kegampanganya.dia sangat tak berhati perut.sangat tak kisah bila aku kena marah.mungkin bila aku kena telan dengan singa baru tinggal kepala saja baru dia kisah.aku rasa macam nak sesah bontot dia laju laju

siapa marah aku?mak aku lah sapa lagi yang berani marah aku lebih lebih.ade aje keluar segala carutan marutan yang tidak munasabah dan tidak munasarawak sama sekali kerana aku tidak dapat menerima kemakian yang terlampau dari orang lain selain mak aku.itu hakikat ye.

kisahnya kena marah ni bila aku ngadu kat mak aku yang dalam petiais 2 tingkat ( saja nak tulis perkataan 2 tingkat, nanti orang kata peti ais aku oldskol) takda langsung air manis/air sedap yang mana cenderung kepada air gas.air coke ke, air stroberi ke.takde langsung.situasi itu membuatkan aku rasa macam nak terajang tong sampah dalam dapur rumah aku.tapi aku rilek, sebab nanti risau mak aku suruh ganti dengan tong sampah yang lagi up to date.pijak pijak guna kaki.


"mak, kenapa air sedap takde dalam petiais?"

"ngade!minum air masak"

"tak sedap lah mak"

"sedap lah sangat kalau ada kencing manis nanti."

aku diam, rasa seperti dilempang perlahan lahan.rasa nak nangis tapi risau kena gelak dengan amar.aku tengok muka akak.dia senyum senyum busuk ibarat longkang depan rumah jiran atok aku.aku tengok amar, dia buat bodoh tengok tv macam orang pekak yang tak dengar perbualan aku dengan mak tadi.nyaris amar buat tak tahu, kalau dia pon senyum senyum busuk macam akak memang aku gunting gunting bantal busuk dia.lepas tu bakar.puas hati!

bila dah kena 1 das dengan mak.aku tekad,malam tu jugak aku pegi kedai.beli air masak besaaarrr punya 2 botol.hayun hayun depan akak, letak dalam bilik.besoknye pulak aku pergi beli barang lain.jaga pemakanan.tak mo makan merapu.jajan jajan semua, sila berambus dari rumah aku.

tengok aku beli epal 6 biji.tapi aku tangkap dengan seketol je.

air yogurt ni pon aku tibai beli.untuk tambah ketinggian yang melampau
kalau boleh nak lagi tinggi dari bf aku

baby ni pon suka yogurt.musykil aku.
jangan mati sudah lepas minum yogurt berdua dengan aku


aku harap lah kan, korang abaikan muka aku yang dah macam orang sakai.aku lupa nak pakai cream time pergi snorkeling.aku rasa macam sebulan tak mandi dengan rupa aku yang macam tu..okay aku nak pergi kencing.aku rasa ni dah kali ke 5 sepanjang aku tulis entry ni aku pergi kencing.kesan dari minum air masak tak henti henti.babai!

Labels: ,



HOH! ADA RABBIT PULAK!

bila bf aku tanya, bosan ke kat rumah takda baby (kucing) . dengan pantasnye mengalahkan ribut topan aku jawab "haah, bosan gile"..bagi yang baca entry aku yg lepas mungkin tahu lah sebab aku tak dapat bela baby aku yg tiga ekor tu.bukan aku takmo bela tapi bizi kan.kadang2 kejelesan terserlah bila tgk rata rata blogger buat kucing as a pet.sobbbbss..dah takmo cerita lagi pasal kucing2 tu nanti aku teriak meneriak.korang mesti tak suka tengok aku jadi minah tiga suku kan kan kan?pelis lah cakap ye.hakdush

tanpa diberi alert atopon warning, bf aku belikan rebit 2 ekor ni.sudah 2 minggu bersemadi dalam rumah aku.asalnye depa ni takuk (takut) orang kot.gila menggelupur bila ada jari jemari halus lagi lembut lagi suci memegang bulus bulus depa tu.pergh dah macam kes culik dah aku rase.padahal beli tahu beli.bukan curik atopon culik.akakakaka.kalau dulu aku gusar a.k.a risau bila nak pergi kerja sebab takuk amar p balun kucing2 aku.tapi sekarang dah tak lagi sebab amar takuk nak pegang rebit2 tu.kahkahkah!!eh, tak puas aku nak gelak..sambung sambung.kakakakakakkaakk




oh em geee, i lolololoveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee duaekoq rebit itu.sekian timakasih

Labels: , ,



JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

bagi yang tahu, aku pernah join sesi jelajah oleh EN. BEN ASHAARI aritu.tapi bila EN. BEN ASHAARI bukak balik sesi jelajah versi 4.0 , aku masih berminat lagi hehehhe.bukan apa, ni salah satu usaha nak kenal kenal dengan semua blogger kat malaysia ni.tapi bukan blogwalking jugak, bukan hanya duduk melepop kat kerusi menunggu blogger datang jenguk blog aku.tidakkkk.hehhe

okay first sekali di mintak EN. BEN ASHAARI ialah headernya.

tu dia EN. BEN ASHAARI badan taf pakai baju putih mcm org politik.ekekekeke

yang kedua pulak, EN. BEN ASHAARI mintak berikan nama samaran dan nama blog..okay, nama aku kila mcm kat header, aku ada tulis kan,cuma umur ja aku tak tulis.hanya tulis tahun lahir.bukan apa jenuh aku nak edit umur tiap tiap tahun.lebih baik letak tahun lahir, biar sapa nak tahu umur kita, kira sendiri ehehe.blog aku nama kata si kila.ada jugak kaitan dengan nama aku.tak nak kalah.hoho..

blog aku pada keseluruhannya cenderung kepada semua.semua yang terlintas depan mata, telinga, dan otak.kita dengar kita tulis.kita tengok kita tulis.otak pulak dari segi mana nak mula.selalunya aku buat entry lebih kepada hidup aku lah.dah nama pon blog kita kan.dulu blog ni terabai sikit bila aku mula mula buat, macam hangat hangat ciken shit je lah kan.tapi bila lama lama aku rasa macam ari ari nak update, ari ari nak buat entry baru.ehehe.

aku mula buat blog ni bila lydia, ex staff office aku buat blog juga.eh, macam best?bila dah buat blog, dah mula tulis first entry, aku macam tak nak kasi orang baca.agaggaga.tapi aku diamkan, aku buat macam biasa.lepas semua member bagi komen yang boleh diterima akal kat setiap entri entri aku, aku dah boleh terima kehidupan sebagai blogger.hehehe.thankss semua..oh, lagi satu, aku tahu pasal jelajah jelajah ni macam biasalah.dari bloh EN. BEN ASHAARI sendiri.aku kan follower dia yang tegar.kakakakaka



p/s : eh liza, pia, TTT, momoy, bspotgurl, lydia, semua semua.meh lah join.heheheheh.kasi meriah karpet

Labels: , ,



NAK TANYA PENDAPAT TENTANG GANGGUAN SEKSUAL

semalam hati tergerak nak bukak email YAHOO setelah sekian lama asik bukak GMAIL..banyak betol email yang aku dapat.ade yang lawak, yang pelik, yang tanya pendapat pon banyak.

tapi yang paling aku laju nak bukak bile terbaca tajuk email yang paling aku rase mcm seram lah bagi aku kaum perempuan ni kan.tentang GANGGUAN SEKSUAL.bukan kat tempat lain tapi kat pejabat sendiri.tempat cari rezeki.


klik gambar atas tu kalau tak nampak.okay meh aku salin balik ape masalahnye.

SALAM SEJAHTERA,
ok kat sinikan saya adalah nak tanya satu hal berkaitan dengan gangguan seksual di tempat kerja.sebelum ini pernah berlaku di atas diri saya, seawal saya bekerja disini saya peernah dotolak dan dicium seorang berbangsa cina.merangkap asst manager ditempat mana saya bekerja.dalam keadaan takut, saya meluru balik kerumah,pada tahun yang sama pula, ia berlaku lagi setelah saya diamkan perkara yang berlaku itu.ia berlaku semasa saya sedang menyapu didalam pejabat. dia menyentuh peha kiri saya.dengan itu syaa membuat keputusan melaporkan kepada pihak polis, didaerah klang selangor..dalam masa satu tahun tidak beregur sapa dan dia tak berani lagi menyentuh saya.tapi baru baru ini dia dan saya ada bercakap dan bertegur sapa pasal kerja yang saya buat ada kaitan dengan nya.dia mula berani menyentuh saya kembali.berkali saya menasihatkan beliau namun tidak diendahkan.sehinggalah satu hari pada awal bulan ini dia menarik tangan saya sehingga merah dan bengkak.saya memberitahu manager yang lain dan ada mambuat perjumpaan antara saya HR dan manager manager dan juga dia.pihak manager tidak bagi saya melaporkan ke pihak berkuasa.selepas selesai sesi perjumpaan baru baru ini dia digantung kerja hanya selama 3 haru dan saya pula dipaksa berpindah kerja ke pejabat yang baru yang jauh dari rumah lebih kurang 60km sehari.berbanding hanya 5@10 minit sahaja saya boleh sampai ke tempat kerja sekarang.



untuk pengatahuan korang, si mangsa adalah seorang ibu tunggal, dan mempunyai 2 orang anak.aku tak dapat bayangkan, bile dulu die nak pegi keje takut takut..yang musykil nya kenapa ya bukan si cina tu yang kena pindah pejabat?apa pendapat korang?

Labels: , ,



BUANG HAMPIR 21 BAYI PEREMPUAN?


BEIJING 31 Mac - Dua pekerja rumah mayat ditahan selepas 21 mayat bayi ditemui di sebatang sungai di timur China, semalam.

Agensi Berita Xinhua memetik seorang jurucakap kerajaan di bandar Jining lewat malam semalam sebagai berkata, Zhu Zhenyu dan Wang Zhijun menerima wang daripada keluarga bayi-bayi malang itu sebagai upah menghapuskan mayat-mayat berkenaan, tetapi kedua-dua mereka hanya membuangnya di Sungai Guangfu.

Tanda pengenalan hospital yang terdapat pada lapan bayi membantu pihak berkuasa mengesan Zhenyu dan Zhijun Hospital Gabungan Universiti Perubatan Jining.

Xinhua melaporkan, tiga lagi pegawai atasan hospital itu telah dipecat atau digantung perkhidmatan.



p/s : sakit hati,marah semua adalah bila baca pasal ni.hakdush!!ade sumber mengatakan semua bayi bayi yang dibuang, bayi perempuan.sebab utama bayi perempuan dibuang sebab di beijing mereka utamakan nama keluarga,dashat betol .

Labels: ,



KAKI BODEK

kaki bodek memang menyusahkan hidup.bila kaki bodek ade kat keliling kita boleh mati.sebab utama mati adalah sakit hati yang melampau.

tak salah nak jadi kaki bodek tapi salah kalau jadi kaki bodek yang menyusahkan hidup orang lain, menggangu kesejahteraan hidup orang.apa keuntungan jadi kaki bodek , kaki kipas? ohh.. masuk kata lain pulak?kaki kipas?? eh bukan kaki lipas.aku ngilu dengan lipas.kalau kaki kipas aku benci.tak ngilu ngilu.ahak

kaki kipas dan kaki bodek macam membelit diri sendiri.contoh situasi di pejabat kan..kaki kipas dan kaki bodek asyik cakap kat bos,

saya tahu buat ni,
saya tahu buat tu..
oohhhhhhhhhh.tu saya yang buat (padahal orang lain yang buat)

kesudahannyee, bgi susah diri je bila bos suruh benda yang tak tahu tapi bajet tahu..hehehhehe
kan dah kenaaaa.buat lah sendiri.buat lahhhh.kikikikik

google

Labels: ,



WAH.GILA PUNYA MURAH

ehem, ehem...kita main kejar kejar kat sini.kita kejar masa.jangan bagi can masa kejar kita.okay mula.baca laju laju..1,2,3 mula


1 )Letak header BEN ASHAARI BLOG



2 ) nyatakan korang dari kategori mana sebelum ini ? tiada.tak berkesempatan.sobss

3) Nampak tak iklan kat bawah NUFFNANG tu ?? aku nak korang buat satu cerita mengenai blog tu ... satu cerita yang mana mesti melebihi 100 patah perkataan ... dan 4 perenggan .. okay kiter bermula dari sini.kita mula ye

Seperti mana yang syarat syarat en ben, aku akan buat karangan pasal blog/iklan yang berada di bawah nuffnang en ben .bila aku klik, oh banyak betol iklan produk. RIZI-BIZ.COM ni adalah salah satu blog gudang pemborong online.bila aku tengok, dah rambang mata aku.semua menarik!produk terbaru.kiranya memang sentiasa up to date lah produk2 dalam blog RIZI-BIZ.COM ni.ada yang dah penah masuk iklan kat tv lagi.memang best.

Tak nak kalah, siap ada diskaun lagi.bukan 10%, 20%..bukan..tapi 70% memang melambung lah diskaunnye.banyak tahu kurang harga bila dah diskaun 70% dari harga asal.kedai jual jamu kat pasaraya pon tak buat macam ni.memang best.memang menarik hati yang masuk blog tu lah.lebih lebih lagi kaum perempuan lah.macam aku, suka benda diskaun diskaun ni.hehe :P..tapi, tapi bagi yang jadi pengedar lagi untung.ade diskaun lagi.mengikut produk masing2

bercerita pasal produk, dalam RIZI-BIZ.COM semua ada! nak cari dari segi ape?dari hujung rambut sampai hujung & tapak kaki.boleh kata semua ada.nak cari bab kesihatan, kecantikan,nak naikkan seri wajah, perfumes, nak kuruskan badan?jus mate yang femes tu pon ade jual kat situ.bedak ronasutra yang officemate aku pakai pon ade jual kat dalam RIZI-BIZ.COM tu.memang bangga lah dia.yang minat fashion, dalam RIZI-BIZ.COM pon ade jual baju taw :)

Eh, yang ragu ragu nak beli ape ape produk pun dalam RIZI-BIZ.COM tu, jangan risau.sebab RIZI-BIZ.COM ni ada kedai sendiri beralamat di NO 11-3b, JALAN 15/10, SEKSYEN 15, 43650 BANDAR BARU WANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.. tambah meyakinkan bila, RIZI-BIZ.COM ni dah pun berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).dari segi jual beli pulak, boleh diposkan atau pon boleh pergi premis RIZI-BIZ.COM sendiri.yay!


4) Buat satu tajuk dan link kan ke sini.siap boss


eh, dah kul 5 petang bile abes tulis entry ni.oleh dengan itu aku nak siap siap, nak balik awal.nak tengok tv dengan amar.babai semua babai.lambai tangan


MENYAKITKAN HATI JE LAH BILA PIKIR SANGAT

yeee.memang menyakitkan hati sangat sangat bile aku pikirkan balik benda yang jadi tengahari tadi.aku nak pegi makan kat satu tempat yang boleh kata agak terbuka.ramai yang datang.tempat aku pegi ni bukan tempat makan je, tapi ade tempat beli belah sekali.jadi tempat parking OKU mesti disediakan.

aku boleh kate sampai naik frust menonggeng bila aku dah tawaf 2 kali masih tak dapat parking.kalau ade pon jauh! jauh sangat.tak berbaloi lah aku nak jalan pergi kedai makan tu semate2 nak makan benda remeh.**aku lunch tadi teringin makan ABC..ngeh

tapi kali ketiga aku tawaf, dapat jugak lah aku parking.boleh tahan lah.nak kate jauh, tak jauh sangat.nak kate tak jauh, boleh kate jauh.T____T..bila aku jalan nak pegi kedai makan tu, aku nampak parking OKU kosong, tak sampai 5 saat..aik, dah ade kete parking tempat OKU?nak aku tengok, ape kecacatan nye?

google

mak aih, aku sakit hati.tolong tolong.membara hati aku..pemandu kete yang parking kat tempat OKU normal.siap gelak2 dengan awek die.takpe takpe aku pikir positif.mungkin die ade kecacatan otak.Y____Y

korang, jangan lah buat perangai mcm tu.nanti orang kata korang ade kecacatan otak yang sangat serius.jangan sesekali ade perangai mcm melepaskan kentut kat tengah2 ramai orang pastu buat muka tak bersalah.erti kata lain, memalukan diri sendiri O____O

Labels:



PETUA KURUSKAN MUKA

setengah orang, berat badan dikira normal tapi bila tengok muka, tanpa tengok badan dulu.dah terbayang badan macam mana.macam aku, berat badan dikira BMI sangat normal, tapi tengok muka macam BMI aku tak normal.

oleh itu!dengan jiwa raga yang bersemangat, aku cari cara nak kuruskan muka.dan aku dapat cara-caranya, meh kite tengok meh :P

  1. kuncupkan bibir (mcm nak kiss) lepas tu bukak mulut seluas2nya.buat banyak kali secara laju-laju sampai rasa bahagian rahang kita tegang dan lenguh, bawah dagu pun akan rasa camtu jugak
  2. naik/lipatkan bibir bawah ke atas bibir bahagian atas . macam org tua tak da gigi.buka-tutup mulut. Ulang sampai 10-20 kali... kalau esok pagi rasa sakit/sengal2 bahagian leher, maknanya korang berjaya buat. berhenti buat dulu sampai tak rasa sakit.bila dah kurang rasa sakit baru sambung buat

yang ini pulak bagi yang ade masalah double chin. :)

  1. jelirkan lidah sejauh yang termampu.
  2. lepas mandi, tepuk tepuk sikit bahagian bawah dagu dengan menggunakan belakang tangan

oh man, satu je aku pesan buat kat bilik air.depan cermin macam mr bean selalu buat bila dia nak mandi pagi/petang/malam.aku pon nak cuba buat lah!weeee.tapi ye lah aku kat opis tak nak buat lagi, nanti bos aku kate aku kenan ape plak :|

wan sepot a time, ada orang tu cakap muka aku mcm macik macik bila ikat rambuKZ tinggi2 mcm tu :|

Labels:



ASTRO TERGENDALA BILA HUJAN

semalam aku tak kerja.amik cuti emergncy sbb migrain bila bangun pagi.rase macam ada batu.geleng2 berat je.pergh, bangun terus mandi..

bile dah tak tahu nak buat apa, terus tgk tv..tengok CSI MIAMI..suka gila citer tu sanggup p keja lewat sikit sbb nak tgk sampai abes channel AXN pukul 8 sampai kul 9 pagi.heheheh.tapi bile dah mula hujan, astro buat hal.ahhhhh, tensen lah ape aku nak buat bila astro tak betol?? target lepas ni tak mo bayar astro.nak pasang tv1,tv2,tv3 je abes citer.ceit


eh, ingat aku je bengang hal ni.siap ade facebook bagai..ekekekkekeeke aduhlah
tengok ni ---> sini sini

Labels: , ,



TABAHLAH UMIE FERRIS

baca mastika keluaran terbaru, baca pasal ada ibu tengah rindu anak dia yang bekas suami bawak lari pergi negara asal..walaupon ibu ni dah dapat hak penjagaan anak sepenuhnya, banyak cabaran dia kena lalui, tapi dia tabah.tetap mahu anaknye dan yang pasti tak mahu anak kesayangan lupa agama islam..tabah betol ibu ni.

macam2 dah dibuat, untuk bawak balik anak dia ke malaysia.tapi masih ada halangan.dari segi apa? meh kita baca ramai ramai.bukan tak nak tulis kat sini cuma risau salah info.. cerita ni mungkin ramai yg dah tahu, tapi tak salah kongsi info yang mungkin ada yang masih tak tahu..

"Walaupun hidup saya tak semewah dulu dan hanya menjual kuih koci untuk menyara hidup, saya takkan berhenti berusaha untuk dapatkan Ferris dan menyelamatkan akidahnya. Saya tahu dia sangat rindukan saya dan mahu kembali ke sini," rintih Elis.

"Tetapi apa yang saya terkilan, mereka mahu Ferris tidak diracuni dengan ajaran Islam sehinggakan anak saya sering dijamu dengan hidangan daging babi dan makanan yang bercampur arak jika kami berkunjung ke rumahnya.


baca sini .. FERRISWITHLOVE, kat keratan akhbar pulak kt sini KOSMOS, facebook BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA dan ini facebook umie ferris.. ELIS MOKHTAR


ferris, comel sungguh berbaju melayu..

Labels:



BAK PEPATAH DUNIA NI KECIK JEEE!

kalau ikutkan pepatah orang dulu dulu memang banyak betulnye kan.boleh kata dalam 10, 5 lah yang betol.kadang2 kebetulan tak dinafikan.dulu aku ada buat pasal oh mulut.ada jugak aku sebut pasal pepatah pasal mulut.maknenye kat situ, aku tak ketinggalan yay! bukan duduk di bawah tempurung.hehehehe

okay silap, aku bukan nak cerita pasal pepatah untuk entry kali ni.aku nak cerita pasal beloger yang aku kenal di dunia internet ni.betol ke aku cakap tu T______T..peduli lah kan.sukati aku lah nak sebut mcm mana janji korang paham kan.


beloger yang first sekali, opkos lah minah ni.atau nama dia kat belog dia tulis as SI KENIT.aku tapaham apa makna si kenit.selalu kenit kenit ni sama kata dengan rendah.nak kata dia rendah, sama ja aku rasa tinggi dengan aku.aku rendah ke? tak kot Y____Y..peduli lah kan, pompuan tinggi sangat tak comel O____O..boleh ke cakap mcm tu?.okay nak cerita lah sejak bile kenal minah ni..sejak zaman kegemilangan myspace lagi yay!.terbawak2 sampai jumpa ke dunia realiti.pegi makan mekdi, main guli, main galah panjang dan lain lain.tapi, dia dah delete myspace dia.okay aku tak sedih sangat sebab ada henpon kan boleh mesej mesej, ada blog boleh tanya kabar. ** awak sihat? saya sihat.....**awak dah makan, saya belom tolong suap...okay tipu..kiteorg tak guna saya awak.sangat sangat sangat tak guna..so sampai sekarang masih berhubung and tak pernah lagi ada masalah yang kecik atau besarrrr punya!never ever. -_____-..sekian liza, ilebiuberiseterong.dia boleh aku kata kawan yg bagus lah.tak pernah kata tak mo bila aku mintak tolong.ohhh so suwit

tgk tu tengok, dia punya header, dia buat sendiri..weeeeeeeeeeeeeeeee U_________U


okay yang kedua.aku tak tahu banyak.dia cakap dia tak tahu bila aku ada kat frenlist facebook dia plus dia dah pernah jejak blog aku.oh man aku dah kata.dunia ni kecik je man.muahahhahaa..erm, erm raafik, jangan bagitahu sapa sapa kat frenlist facebook i, pasal blog ni.bos i ada dalam frenlist i, nanti dia baca blog ni.pastu nganjing lima kali sehari dalam tempoh lima bulan.sobbb sobbb sobbb..

tu tu tengok dia cakap mcm mana.muahaahahaha.apik, sori tak blur kan nama kita kat facebook.kihkihkih..**sukati aku ja panggei dia apik O____O

Labels:



AMANI LAGI



omg, omg, omg. O___________________O
gambar ni dari SINI


CERITA SERAM TAK BERAPA SERAM

balik kerja, penat penat, amar adik aku terjah..aku penat kan malas sangat nak layan.pikir pikir kesian.sorang2 kat rumah, tgk tv, tidur, makan, berak, kencing semua sorang2.bila dia balik sekolah memang rutin dia mcm tu.orang kat rumah semua kerja dia balik sekolah bom tido.memang best tol!

balik pasal adik aku tu, dia terja sekali terus cakap "adik nak dengar cerita hantu tak"..aku yang ala ala superman baru lepas kejar pencuri ni pon endah tak endah je lah balas "kejap lagi lah amar, adik nak p mandi semua"..dia lemah je jawab "okay lah"

tapi lepas mandi , aku tertidor.sampai lah akak aku balik keje.aku dngar sayup sayup je amar cakap kat akak "akak bila nak dengar cerita amar? akak dgn adik ni pemalas lah"..oh mak aih, dia kata aku malas.sebab lupa nak dgr cerita dia, dia sound aku pemalas.memang tacing hati ni sedih..akak aku pon layan kan je.dia kata " yelah, cerita lah"..aku pon yang sedap2 baring depan tv, terus duduk ngadap amar.bagi respons lah tak nak kena sound pemalas lagi :|

amar pon start cerita.....
pada suatu hari, abu dan ali pergi memancing....bla bla bla bla...tibe tibe..ali ternampak kelibat disebalik pokok besar.ali tenung tanpa toleh tempa lain.tibe tibe ( adik aku cerita mmg banyak kali guna perkataan tibe tibe)..ali lihat kaki kelibat (hantu) itu mengalir darah.......

aku yang dah mula ngantuk balik terus sampuk."eleh!, die piyed kan!"akak aku gelak kuat stok tak leh bendung lagi ,.behehehhehe

abaikan kek ni, aku kempunan makan kek secret recipe ni.sobbb..balik ni jugak aku p beli.sobb

Labels: , ,



SPECIAL THANKS TO BEN ASHAARI

tehehehehehe..lambat tapi aku nak buat jugak.sori bos.tak dak masa :|...sabtu ahad cuti.semenjak berodband tak bayar lagi, sejak tu lah online hanya kat opis.sampai nak masuk pertandingan hijau blog list tu pon tak termasuk.ohh sob sobb sobb :|..

tapi takpe, cukuplah ape yg dah ade.bro BEN dah jelajah blog ni pon dah terasa cukup meriah, tehehhhe..


tu, tu nampak.hehehehe..lama kot tunggu.last last keluar jugak.ramai tu bro BEN nak jelajah.nyaris blogger2 jepun, china, taiwan DLL tak masuk.mahu tak berehat bro BEN ni.muehehehhehhe.

ape2 pon thanks bos.**tunduk-tunduk..peaceee Y___Y

korang, nampak tak entry aku kali ni banyak betol aku senyum senyum..ohh berbunga bunga rasa hati ini.rase mcm ade semut buat party kat hati ni.ehehehehehhehehe

Labels:



HEADER

liza dulu pernah buat kan aku header.lama jugak aku pakai.

ni header member baik aku tu tolong buat kan.cantik kan.aku tadi takde keje p gatal tukar.jadi buruk dah aku tgk

ni header aku buat..pada keseluruhannye memang mcm pembalut nasi lemak.behehehhehehe..nanti tukar balik header ke lama punya


terima kasih kerana singgah baca.saya lapar saya nak pergi makan.saya kena makan nanti saya pitam 10 saat.terima kasih lagi sekali kepda semua..babai semua babai ** lambai tangan

Labels:



AMANI @ ADAMAYA

COMEL.tu ayat aku cakap bile first time tgk adam peluk budak gambar atas ni dalam cite adamaya.aduhhh kalau ade dekat dengan aku, mahu hilang pipi budak ni aku cubit2.geram!budak ni jadi wallpaper komputer aku.YAY!

mak selalu pesan, kerapkan tgk benda menyenangkan hati..heheh.oh lupa bagitahu, budak ni dah ada FB.parents dia yang buat rasanya.ramai betol yg LIKE.setakat aku tgk tadi bawah 50K.oh em gee.ni facebook dia--> click sini

pssstt, budak sebelah bukak lagu ziana zain..teringat dulu ada sorang kawan aku cakap, lagu ziana buat dia rasa mcm nak sembelit.bukan aku cakap, dia yg cakap.tehehehehheheehhe


TAG LAGI

aku dapat lembu, yay aku dapat lembu yay!!!
siyes cakap aku tak pernah, ye tak pernah pegang lembu.tgk dekat2 pon tak pernah..pegi zoo pon aku tak jumpe pon lembu?? tu pasal agak jakun ye.jakun banyak.dapat lembu pon bersyarat.aku sembelih kang

  1. thank & link the person tha gave you the cow, liza rendah, cik pia stroberi
  2. bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers paling aktif, saya rasa semua blog yg aktif dah buat wasiat ni heh..skip boleh?
  3. bagitahu diorang yang wasiat ni dari orang kaya sepening lalat, eh korang OKSL bagi wasiat ni.sebab dia bagi wasiat ni tak diketahui.jgn ty aku
  4. cerita 3 perkara yang anda selalu buat bila tgk tv, tido / main dgn kucing& arnab / sms
  5. bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan , saya jenis memilih makanan.makanan yg saya nampak pelik, saya pandang guna hidung bukan mata
  6. cuba bagitahu berapa orang dah kawan anda kat facebook, kawan FACEBOOK saya ada 636
  7. mcam mane korang jumpa spouse/makwe/pakwe korang , benda tak dirancang..next entry saya cerita.tehehehheeh

aku rasa perut arini tak selesa lah.ngidam stroberi fresh.nak makan kat cameron jugak takmo makan kat perak ni.beheheheehehhehehe.peace peace




SAYA NAK TANYA AKMALL


akmall, kalau bukak blog ni.tolong jawab dengan segera tanpa berlengah.ape masalah sampai banned banned ni.bermula 1, 2, 3, 4, 5.........................

dah habes.ok cukup.cukup.byee

( ade nada nada tacing di situ )


MAKLUMAT PERIBADI

teddy tido malam aku ade pegang rahsie besar aku.nampak tak.heheh.meh zoom O_____O

nampak kan.kelik lah kalau tak nampak lagi.kalau dah kelik tak nampak jugak, OH EM GEE, aku tak tahu nak buat ape dah.. Y_____Y...

oh sebenarnya aku nak tulis 3 perasaan aku time ni.
  1. liza, bila nak turun manjung.jangan bagi saya alasan tak dapat cuti.saya bakor moto awak
  2. cik pia. bila nak bawa saya pegi makan stroberi fresh O____O.hehehehe
  3. opismate saya pasang lagu omputih.jiwang.slow motion.sembap.menusuk nusuk ke jiwa.rase nak pecah je dada ni.ngantuk T____T
ayat atas aku gune saya awak?ohh tak pecaye tak pecaye..ape2 pon, tu saje sekian terima kasih.aku nak amik amar balik sekolah.dan tolong angkat beg dia yg berat tahap gaban sampai nak putus tangan.tapi apa boleh buat.kakak kan..oh mannnnn.

Labels: ,



MENU BERSELERA


tu dia menu untuk harini.aku rase mcm nak hari hari.tapi tak boleh nnti gelombon bha.hikhikhik..aduhh lah rase mcm lapar balik tgk kuey tiow ni kan..basah je tak kering..kalh char kuey tiow yang aku makan aritu.hehehe..baru baru aku ada ikut GENG WONDERPET p mancing...aku suka pegi lagi lagi cuaca redup je.main air laut tu kais kais guna kaki.nguit nguit sikit.hehehehe..nanti aku buat entry letak gambar time aku ikut depa p mancing pulak okeyss

okaylah semua, aku nak tgk cerita SHUN OGURI berlakon cerita HANAZAKARI NO KIMITACHI E.suka tgk muka dia..dengan muka TAKAYUKI YAMADA.x nak kalah aku ni nak tgk muka orang jepun ja.takpa, balik ni tengok muka sendiri kat cermin bilik air. Y____Y

Labels:



COMEL KAN


comel kan selipar kat atas tu.hah tu selipar aku.kihkihkih..aku rase mcm tersiksa je rabit berjanggut2 tu aku heret bersepah sampai kotor janggut die.heheheh..aku suke lah selipar tu.pegi keje pon aku bantai pakai selipar ni..tapi sampai pintu je aku tanggal selipar tu pastu angkut nyorok bawah meja.maluuu Y_____Y

ok dah tu je, nak balik dah,nak balik dah byeeeeee!


TIKAM


aku rase sekarang mcm nak..mcm iskkk..nak sembam muke ni kat bantal.aku rase nak patah gigi ni bile asik ngetap je gigi ni.aku rase nak gugur ulu hati ni bile asik sakit hati geram!paham tak gambar kat atas tu..kena tikam belakang sebab benda tak penting..grrrrr...bangkai tol rase mcm ni ..nak balas tak mampu.sape lah aku ni.berdikari pon tak reti lagi.iskk iskk..sedih tol!






p/s : aku sesak napas kat opis ni.rasa nak mati..asap rokok kat ekon.memang bagi aku kencing manis, darah tinggi, migrain.arghhhhhhhhhhhhhhhh..best tol..menusuk nusuk ke kalbu..dah nak halfday arini.nak makan,berak,tido,kencing sehari suntuk.ulang benda sama semangat kila semangat