
![]() ![]() “I’m just a girl who is trying to find a place in the world where somebody will accept me, flaws and all.” Website Blog List Read the story back ![]() ![]()
100% Copyright by Kata Kila
| CONTACT FORM
MERISIK KHABAR ERA.FM
aku boleh dikategori kan pendengar ERA.FM yg ala kadar, sebab aku suka dengar MP3, cocok kat pencocoh api tu ( betol ke aku tulis tu?) tapi aku suka dengar rancangan, aznil & din beramboilepas aku dengar merisik khabar, perihal SAIFUL,21 tahun, mangsa kemalangan jalanraya di klang,selangor, dan kesan dari kemalangan tu, keadaan fizikalnya berubah. berubah yang aku maksudkan, pagi ni aku ade dengar dia baca sajak, khas dia cipta untuk aznil, sangat menyentuh hati. dia jugak rasenye ade buat sajak, untuk EX GF yang tinggal kan die lepas perubahan fizikalnya, aznil ada bacakan sajak tu. aku tahu die rase terkilan, lepas awek die tinggalkan die, berpaling arah, buat haluan sendiri. tapi, ada sorang kawan bos aku, selalu datang sini, ( kutip payment kerja) aku suka dia. suka sebab die selalu bagi ceramah free kat aku dgn nurul (staff baru) kenapa aku dgn nurul je jadi mangsa. sebab aku dgn nurul je yang BUJANG lagi. ( mude lagi kami ni pakcik) perlu ke aku buat mcm ni? ha!ha!ha!ha! (apa aku merepek ni.ni pekara siyes.) kepala hotak kau kila. debush! ok sambung, pakcik tu ade cakap "JANGAN KAHWIN KERANA NAFSU TAPI KAHWIN KERANA NIAT. NIAT UNTUK SEHIDUP SEMATI DGN PASANGAN" terima kasih pakcik, tapi aku terus tanya,mcm mana pulak tindakan EX GF SAIFUL, tinggalkan saiful???? dia jawab, kalau tanya dari hati pakcik, ex gf die tak salah(memandangkan ramai yang bagi komen ex gf dia salah) perempuan tu berhak, untuk hidup die, melainkan dorang dah berkahwin, lepas suami kemalangan, isteri tinggalkan kontang kanting, memang derhaka. cuma satu seoalan selalu bermain dalam otak aku, kalau ex gf dia kemalangan, lepas kemalangan, fizikal berubah dan tak cantik seperti sebelom kemalangan adekah saiful akan terus setia atau saiful akan buat mcm mana ex gf dia buat sekarang? ada jawapan tak. aku perlu jawapan tu ![]() cuma bagi saiful, jangan jangan jadikan awek sebagai masalah jadikan mak kamu tu sebagai sebab utama utk teruskan hidup. memang senang je aku nak bagi nasihat untuk saiful tapi tu je yang aku boleh buat ( sighhh) selain doa untuk die terus semangat. :) WANITA MEMANG ANEH
memang di akui, wanita/perempuan memang aneh, aneh tu bukan lah maksudnye mcm ni. aneh yang aku maksudkan, keadaan yang sangat sangat susah nak ditafsirkan, sangat sangat susah nak di fahami, macam: contoh situasi bila perempuan dapat pujian:1. perempuan memang suka di puji.tapi kebanyakannya, dorang sangat sangat sangatlah tak tahu cara nak terima pujian.lepas tu susah nak cakap terima kasih kat sape2 yang bagi pujian tersebut. si pemuji : wah, muka awak mcm devan aoki lah perempuan : hesh mane ade.pandai2 je (dlm hati seronok abes.nak tgk cermin skrg jgk) 2. benda pertama yang perempuan akan teliti bila balaks tunjuk gambar masa muda mudi jiwa remaja bergetah ( masa sekolah contohnye ) adalah, SIAPA yang duduk/diri sebelah balaks beliau ye adik2. 3. kalau perempuan/aweks yang si lelaki berkonan banyak kali bagi alasan bile korang cuba ajak pegi dinner ke, pegi lunch ke, pegi beli barang dapur mak korang pesan ke baik korang berenti dari cuba nak ngorat die. sbb si aweks mungkin tak berminat. tapi kalau si aweks selalu msg/call korang walopon hanya untuk cakap "kucing saya demam" teruskan ngorat sbb aweks memang suke jual mahal.hehe 4. setiap kali si balaks ukir senyuman, korang patut berhati2.sebab setiap senyuman memberi banyak makna bagi aweks korang yeee. jadi moral nye jangan senyum senyum sesuka hati bila korang date yeee. tambah2 bile ade aweks aweks cun lalu depan/belakang/tepi/sebelah.muahaha 5. perempuan memang suke sangat2 lah jawapan ni "tak tahu.ikut suka awaklah" contoh situasi : balaks : nak makan mane mlm ni? aweks : mane2 je. balaks : kfc? aweks : tak nak lah. balaks : mcd? aweks : tak nak lah. balaks : habes tu mane? aweks : tak tahu.ikut awak lah. ( senyum ) 6. SESETENGAH perempuan merasakan bile dorang merajuk, dengan otomatiknye beliau akan rasa comel. 7. perempuan susah untuk terus terang dengan balaks bile mereka tak puas hati.sebab bagi dorang " dah tue bangke,pikirlah sendiri.dah buat salah lagi nak tanye kenapa " tapi bile perempuan rasa balaks tahu dorang tak puas hati, perempuan akan rasa " yes, aku menang!" WAHEEDA WASSINI BERPURDAH
aku rase aku sikit lewat tahu pasal artis2 ni, semalam belek2 web pasal artis malaysia, malas nak tulis banyak, layan gambar je. zass usha mate dia sikit.confirm die.(google)rozita che wan pon berpurdah, (google)jangan main2,wa tak caya sama lu lah senang cite. tapi yng ni kuar tv, mesti ramai dah tgk. Labels: sekeliling APA KE HALNYA
ini kisah benar. tiada yang benar melainkan yang benar belaka. ![]() satu malam yang tak berapa nak sunyi, kelihatan, due orang anak dara sunti, sedang bergelak ketawa, bercerita kenangan silam masing masing. dari satu topik ke satu topik. antara topik yang diwar war kan : awek satu : ko ingat tak masa sekolah2.ade style buat MY BIODATA awek dua : ingat aje.pen nak manik2.warne warni.bunge2 keliling awek satu : yang tak tahan last sekali mesti nak ade UCAPAN. awek dua : nama penuh, kawan baik,kawan biasa pelbagai. awek satu : tahu takpe. make, hipotesisnye. bergelak gelak lah mereka. setengah jam kemudian. bilik semakin sunyi, awek2 tadi melayan mata sendiri, dengan harapan mimpi, mimpi jumpa robert patinsen. tapi, disebalik kesunyian itu, awek satu terdengar hentakan tapak kaki, yang seperti di cover cover supaya tak didengar org. awek satu curi curi usha bahagian pintu. awek satu terlihat budak, terteleng teleng kepala, sambil mulut kumat kamit, suaranye terlampau lampau perlahan. awek satu cuba untuk dengar. cuba, cuba dan cuba. dia cuba,try dan test. budak itu masuk bilik mereka, dan berdiri di sebelah awek satu, dengan perlahan berbisik "KAK, JANGAN TIDUR LAGI.AMAR TAKUT"awek dua yang berada di katil sebelah, hanya tahan ketawa di sebalik bantal yang sengaja di letak dimulutnya. supaya tawanya tak didengari bilik sebelah awek satu dengan tawanya yang di tahan terus cakap...... (dengan suara yang juga dikontrol volumenya)
![]() p/s : makwe makwe di atas, ada lah pelakon yang tak diiktiraf.mereka cuba control suara bukan untuk cover ayu.tapi takut "madam besar" rumah marah sebab tido lambat.tido lambat bermakna bangun lambat.jeng jeng Labels: lawak 2010
ok aku lewat, dah masuk hari ke 4 dah masuk tahun baru. tapi takpe, aku ada sebab yang amat munasabah munasrawak, aku pindah rumah, orang lain sibuk layan konsert, layan msg wish new year, layan call, layan aweks, layan balaks, yang JAIS,JAIP layan kapel2, aku & the geng ( family + krol ), berpeluh ketiak kemas rumah. ![]() belom siap kiteorg kemas rumah, malam tu, office ade buat makan besar. makan tahun baru gamaknye. aku bajet nak tido .. tapi nanti bos tacing. harini 4/1/2010, masuk keje, dengan azam baru, KEMAS MEJA DGN JAYANYE, sebab tapi, aku ade agenda tersendiri, aku dapat tawaran, tawaran menyanyi, ( tipu ) buat kerja lain, isi sebutharga yang dari tahun lepas ( 2009 ), tak siap siap lagi. oleh itu, azam aku untuk tahun 2010, untuk mengemas meja, menyapu sampah mampah bawah meja, akan ditangguhkan lagi. mungkin dengan penangguhan ini, akan membuatkan, SARANG PENTERNAKAN DUGONG ANTARABANGSA naiktaraf, dan kemudiannya menjadi, SARANG PENTERNAKAN DUYUNG ANTARABANGSA siapa tahu. mesti bos aku bangga. ![]() p/s : amar dah masuk sekolah.dah naik darjah 4.masih mintak beg roda.dengan alasan beg berat.die timbang 5 kg beg die.berat beras cap rambutan. |