
![]() ![]() “I’m just a girl who is trying to find a place in the world where somebody will accept me, flaws and all.” Website Blog List Read the story back ![]() ![]()
100% Copyright by Kata Kila
| buah hati
bila sembang pasal buah hati, aku memang ada buah hati, hari hari kena tengok gambar dia, aku pernah webcam dengan dia, pernah dengar suara dia, muka dia, gigi dia, rambuKZ dia, sapa sapa tak boleh lawan, uncle dia memang suka kedengki, selalu cerita kat aku, kegedikan buah hati aku tu dengan dia, baca blog uncle dia, memang aku sakit hati, sakit hati sbb kedengki jugak lah, jaga jaga cik salmah, bila buah hati aku besar, mesti HOT, mintak mintak rambuKZ dia still gulung-gulung mcm sekarang SAYANG BABY NUR IRDINA AIMI
a.k.a N.I.A no title
. . . . . . . . . . . . . . . . . ESOK KERJA omaigod ![]() Labels: luahan hati rambut
memang tak bnyak berubah cuma aku potong rambut yang dah rosak cuma aku potong rambut depan sebab dah panjang mencucuk cucuk mata beta p/s: hidung aku kenapa mcm jambu dah Labels: aku, blog KK, luahan hati bibi n bobo
bila bukak fb ada game bela kucen sebab rindu bela kucen (kucen aku dah mati,sedih) aku main game tu bibi si betina, bobo si jantan beli sofa untuk depa parking tapi, aku tak mendapat sokongan padu dari kengkawan FB tambah2 bos aku, dia cakap, bacalah apa bos aku komen bila aku setat main game ni bos aku yang nama WAN Y_ _ _ _ _ _ mentang2 kerja banyak tapi takpe,aku tahu depa ada cembulu p/s: takpe sayang, mak janji korg tak kebulur, mak janji sayang aku
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . POTONG RAMBUT . . . . , tunggu kemunculan pic aku, agagag mekasih
kalau tak nak, bagi aku
![]() ( gambar hanya hiasan ) Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah. Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu benar-benar menggemparkan keluarga Rohizad Kasman, 42, sebaik anak keduanya, Nurul Hazimah, 12, terdengar tangisan bayi berkenaan ketika bersiap untuk ke sekolah agama bagi menduduki peperiksaan. Katanya, pada mulanya Nurul Hazimah memberitahu ibunya, Daing Maizaton Daing Ahmad, 40, bahawa dia terganggu dengan bunyi anak kucing yang mendayu seperti menangis meminta tolong memandangkan kawasan itu sering menjadi lokasi penduduk membuang haiwan itu. “Bagaimanapun, timbul perasaan curiga di benak anak saya apabila mendapati suara anak kucing itu semakin lemah dan disebabkan ingin tahu, dia membuka pintu dapur rumah. “Nurul terus ke depan anjung sebelum menjerit memanggil ibunya sambil berkata ada bayi ditinggalkan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, isterinya terpaksa menangguhkan solat Subuh sekejap dan bergegas keluar rumah untuk mengangkat bayi berkenaan yang sedang dibasahi hujan. “Apabila saya mengangkat bayi berkenaan, saya dapati tali pusatnya masih belum dipotong manakala urinya terjatuh. Saya terus memanggil seorang saudara yang bekerja di Klinik Kesihatan Sri Gading untuk dibawa ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan. “Selepas mendapat suntikan dan dimandikan, saya mengazankan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu sekali gus menyebabkan saya menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang hampir menjadi korban akibat kejahilan manusia,” katanya. p/s: ciss..selayaknya manusia yang buang bayi ni dapat bala...mcm ni pnya ibu pon ada dlm dunia, ibu anjing pon lagi baik.HANJENG Labels: luahan hati kodok punya cerita
sebelom pergi lunch hantar LO pi kedai photostat sesak jugak kedai tu,selalu lengang sbb lengang lah aku suka p kedai tu dipendekkan cerita aku terus p kat anak tokey tu muka anak2 dia suma bengis2 mcm lionking ye,ye aku tahu tu kedai omak ekau jangan bangga aku : ini bagi 2 salinan lion : urmm aku blah lah sbb lapar plus nak belikan adik aku makan lagi biasalah cuti sekolah, asik lapar je lepas dah makan apa suma aku blah cepat2 sbb kat opis ada kerja menunggu lagi aku p balik kedai tu dgn harapan dah siap tpi tak siap lagi okay tak pe aku tunggu setengah jam, x siap jugak, aku siap dapat dosa kering lagi tokey kedai tu dgn ade customer regular kot ngumpat pekerja masing2 bila dah siap,aku pelik kenapa mcm nipis je tanya balik rupenye DIA BUAT 1 SALINAN ekau pokak ka? Labels: lawak, luahan hati buzy
ye lah.aku mengaku aku salah.dah lama tak update blog.kawan aku selaku silent reader msg aku semalam "woi lanun,update lah blog kau tu.muak aku tgk".baiklah bos.baiklah.aku update.aku tahu kau rindu aku.eeceecey..aku buzy gila syg.bukan sengaja..dia msg lagi "buzy konon.ada bukti?"..pokemon lah kau ni kan.ni hah aku ada bukti laptop opis pon aku tibai,satu main fb satu buat kerja beg secret recipe aku rembat,buh ink printer,paper,cop, pelbagai stok nak lari rumah dah aku tgk FB dulu, LO bersepah aku tup mate, mate rabak,bawah mate dah mcm kena bakar dengan PENUNU BUNSEN SEBUTHARGA KUANTAN MAYBE KENA REJECT, KEPALA DUNGGA KORANG LAH, AKU JOTOS PALA KORANG, INGAT KEJAP KE NAK BUAT BENDA TU, CISS Labels: aku, blog KK, luahan hati *_*
tak tahu nak cakap ape perasaan ni, geram, sedih, marah, kecit ati, bosan..semua lah.sebabb.. . . . . . . . . puas aku cari rumah untuk disewa.tak dapat jugak sampai entry ni berjaya di post . . . . . . . . puas aku buat kerja ni cepat cepat.tak jugak nampak tanda SIAP . . . . . . . . puas aku cuba tido awal.tak dapat jugak sbb nak teman amar tgk gusti . . . . . . . . puas aku fire lipas kat belakang almari office aku ni, ade jee lagi kerabat dorg yang timbul . . . . . . puas aku tunggu msg dia**sighh..( aku rindu kau tau tak,kau tak rindu aku ke hah dugong! ) . . . . . . . puas aku cuba dan cuba dan cuba untuk cuti . . . tapi . . . . haram tak dapat . . . . pundek . . ![]() Labels: luahan hati hate being tired
otak nak pecah, mata dah bulau, jari nak beku, pinggang dah lenguh, leher dah teleng, takdak apa nak tuleh dah, cuma mahu genggam tangan dan nyanyi lagu nasyid di office ni, **** sepohon kayu daunnya rimbun,lebat buahnya serta daunnya.. ![]() Im tired and need a holiday,** sigh Labels: aku, luahan hati risiko sewa rumah
malam semalam dlm pukul 12 tgh syok layn FB, ade org ketok sliding door mcm nak pecah jugak lah di buatnye.gegar2 sliding door tu.apa punya celake lah ketok mcm nak kejut satu taman bangun sahur.agak cuak gaklah nak selak langsir nak tgk dajal mane yang datang mengganggu.tapi terpaksa jugak lah aku selak sikit langsir tanya sape kat luar tu.aku tgk ade mamat yang nak kate budak tu ade lah dalam 19 tahun. aku ty sape die cakap "saya anak tuan rumah,ayah saya nak jumpa "..ada sedikit riak bangge di situ,piraahhh.aku cakap "tunggu kejap".kabut jugak lah aku yang tgh pakai gaun tido tak berlengan cepat2 tarik sweater kat bilik.akak aku dah tido.aku kejut tak berganjak.mcm baru lepas berlawan dgn raksaksa kat jepun.aku jemput tuan umah masuk.die cakap die datang berhajat.maksud berhajat dia tu bukan lah nak pinang aku yang aku rasa sebaya anak die tu.nak kate pinjam toilet pon bukan tapi memang anak dia ada pinjam toilet aku.tak gemor aku numpang2 toilet ni.tulah tempat aku meluah perasaan. ape ape pon di pendekkan cerita, rupenye beliau berhajat nak duduk balik umah yang skrg aku tnggal ni memandangkan beliau dah kerja kat perak balik.menyirap aku.ape cilake.maknenye aku kena pindah.aku x de hal lah nak blah masalah umah sewa lain takde.nak duk umah yang abah beli tu boleh tapi kat JB.tak mungkin.takpe lah tuan tanah.aku blah.aku redha.dahla,balik lah cepat pakcik.aku meluat tgk muka pakcik.aku malas ngadap muka pakcik dgn bini pakcik yang rantai emas berat2 sampai naik lekuk lehernye.aku malas nak buat air kat pokcik dgn mokcik.lagipon kantin ( dapur ) dah tutup memandangkan dah pukul 12 malam.cepat pokcik mokcik.aku nak ngis dah ni.esok kena isi minyak keta penuh usha rumah kat kawasan dekat2. ** aku rasa nak tarik tinga TUAN RUMAH ke daun tu sampai putus** aku jadikan LEHA sebagai model ** LEHA tu teddy yang TEHA bagi ** LEHA & TEHA same kan?hehe p/s : agak2 kalau aku dirikan khemah depan umah die ni kena bayar sewa jugak tak? Labels: aku, luahan hati, sekeliling maaf
Semalam aku buzy.aku bawak balik kerja ke rumah.terlintas kat otak nak buat OT tapi sampai bila?sampai pukul berapa?10 malam pon belom tentu boleh siap kerja tu semua.bila masa untuk aku dgn keluarga.biar aku sanggup buat kerja kat rumah.sampai tertido depan laptop kerja punya pasal.buat dummy yang tak sudah2.takkan aku nak harapkan Lydia.sampai bila?tak lama lagi dia pon akan sambung master.harap dia berjaya.hilang lagi org yang aku senangi untuk kerja dgn aku.lepas sorg2 aweks yang kerja kat office aku tu pegi cari kejayaan hidup di luar.mungkin memang di takdirkan untuk aku dgn kak zita je aweks yang ade dalam office tu.aku bukan lah jenis cepat mesra dgn org.lebih2 lagi kalau ada staff baru.
kalau org tak kenal aku,akan cepat tafsir aku sombong tahap dewa.bangga diri walhal ape lah yang ade pada aku ni setakat kancil sekor,hp pon ala ala tochlike kat atas.aku bukan sombong cuma aku perlu masa untuk selesa dgn org yang bru aku kenal.aku perlu masa untuk tgk cara,penerimaan seseorg tu untuk mudah aku bergaul.luaran bukan gambaran peribadi seseorg.ada yang ala ala rock kapak,tapi hati mcm softlan.ada yang ala ala waheeda tapi terbuka untuk terima gurauan secara rambang/kasar.aku boleh bergaul dgn sesiapa saja.aku ulang,sesiapa SAHAJA.yang lemah,yang lembut,yang kasar,yang cepat tacing.
TAPI bukan senang untuk aku terus rapat.mungkin sekadar teman tapi mesra.jumpa senyum, tanya kabar, bye sana bye sini.tak ada istilah "simpan rahsia aku ni.aku percaya kau je"..tak hairan lah kalau aku cakap aku hanya ada beberapa kerat kawan yang boleh aku cakap pegang rahsia aku.yang boleh buat aku ketawa kalau sembang.paham aku.mcm budak office aku.selalu bertukar pandangan.saling hormat antara masing2.
Berbalik pada tajuk,aku nak minta maaf pada kawan yang selalu jadi “tepung penaik “ bila aku lemah dan selalu jadi penyorak bila aku sedang berlawan dgn musuh.dear, WAN ZULAIKHA WAN HANAFI / IEKA yang aku panggil KA sebagai nama manja sbb aku terlupa birthday dia.sumpah, aku tak pernah buat buat lupa birthday kawan baik sendri tapi kerja membatas kan otak aku untuk fikir / teringat hal lain. Aku terasa seperti kawan yang tak guna bila dia mintak nyanyi kan dia HAPPY BIRTHDAY dengan nada yang ala ala gembira padahal aku rasa mungkin dia sedih sbb aku tak wish.at least wish sikit pon jadi lah.tapi langsung tak terkeluar dari mulut or tak tertulis sms HAPPY BIRTHDAY KA untuk dia.
So here we go,HAPPY BIRTHDAY KA.HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY PRINCESS.maaf sbb lewat.maaf sbb tak jadi org pertama wish.maaf sbb tak jadi kawan yang prihatin.maaf sbb x selalu msg ka.maaf untuk segalanya.kalau ka nak suruh i nyanyi “maafkan kami versi maafkan saya nyanyian arwah P.Ramlee & the geng everytime baby everytime!. Labels: kengkawan, luahan hati kucing disahkan dijangkiti H1N1
WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam. Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal. Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun. Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters ni lah kucing nye kesian kucing ni.aku rasa dah lame kot muke dia kat internet.asal search "kucing"tersembol lah muka dia.kucing paling gemuk dia.kucing dijangkiti H1N1 die. :/Labels: lawak, sekeliling handphone
tajuk entry bukan lah pasal aku nka ceritakan pasal aku nak beli hanhone baru ke, handphone aku hilang ke.bukan.tapi aku nak tulis pasal kegunaan hp time kecemasan.aku dapat ni dari email.dan terniat nak letak balik kat blog bile aku selalu bace kat blog member lain pasal hilang hp.ni dia :-
( aku dah try & jadi.bagus bagus.naseb baik aku letak cepat2 lepas call 122 tu.kalau tak sia2 kene penjara sbb main2 dengan no emergency )
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. ( tak pernah cuba lgi, next! )
( pon tak pernah cuba lagi,next! )
( ni lagi lah. tak pernah hilang lagi hp aku.mintak di jauhkan.nyawa tu hp aku tu.karg tak pasal2 duit melayang kena beli hp baru ) yes,tu lah dia.kepentingan hp yang aku tak tahu.lepas baca ni baru tahu.riak lah sikit. BYEE (: selamat bercuti.aku je yang perah2 otak kerja membuak!!! Labels: sekeliling panadol menstrual
![]() dah tak tertanggung pms,aku mintak krol beli kan pil mestrual.pkl 11 mcm tu.dia p 7E.dah la aku jenis payah telan panadol tu.aku rase mcm besar gdabak gajah je pil tu.takde pilihan , aku pecah2kan pastu rendam dalam air.aku terus minum laju2.agak2 tersedak time minum tu memang terserlah mati katak.dah lah insurans nyawa tak ade lagi.terpaksa lah,mujarab ke tak lepas pecah2 kan tu, aku tak pasti.aku pasrah.dah lah aku nak mintak cuti bos cakap : Aku : bos, esok nak cuti Bos : tak bleh tak bleh Aku : alaah.asal Bos : eleh, korg ( aku dgn lydia ) dah puas dah rehat.asik chttg,asik facebook je.asal aku bukak facebook aku,ade je ko.haha Aku : eh manede ( rase nak nyorok bawah meja time tu ) Bos : eleh.alah,bulan ni tak leh cuti lah,kerja banyak.hujung bulan ni last LO keluar.bulan depan korg free abes.cuti buln depan Aku : yela ( mogok dalam hati , naseb baik baby girl dia yg twin tu cun ) Ni yang aku tacing ni.bulan ni leh lak tak dapat cuti yang tiap tiap bulan aku reka sendiri.cuti PMS.hehe.selalu msg boss last minute nak cuti.dia pon dah paham sangat lah.aku malas nak kerja time2 pms ni sbb mesti aku malas nak kerja.aku suka tido.tapi aku makan pil pink kat atas tu sakit tak ilang pon.penipu.aku saman kang.tapi mata setim gile.berat je mate.bila tido,sakit pon tak rase lah KOT Lydia pernah cadangkan minyak mustajab tu.aku tak terai lagi sbb tangan tak larat gile nak ngurut perut ni.aku kalau boleh nak benda senang tapi yang boleh hilang cepat.btw,thanks lydia..rase meluat plak kadang2 pms ni.tapi bile takde risau plak.esh redha kila redha. byee, lagi sikit nak cakap,pms BODO ![]() Labels: aku PMS
sekarang aku tgh minggu PMS/SENGGUGUT.sakit hati je.dah la senggugut, budak opis memekak.sembang pon jerit2.hardcore kate kan.layan je lah.dulu aku eksen.suke kutuk member cakap over bila period.nak hangin satu badan lah.nak moody.nangis.buat muka sedih.semuaa lah.siyes,memang berlagak lah aku time aku sek. tapi bila dah abes sekolah.start kerja.stress kerja agknya,terus bila period dapat pms.yelah.time sek mane de tekanan.ade pon aku buat2 takde je.homework kalau ade, aku buat2 x de jgk.cikgu mintak homework aku cakap buku tk bawak.dah lah time buzy ni.selalu aku period memang aku cuti terus.bila dapat pms ni aku selalu :-- Labels: aku agenda myspace
MYSPACE.tak pasti semua layan myspace or tak.tapi yg pasti aku ada myspace.myspace bila dah lama layan memang menyakitkan hati.mcm2 ragam.antaranya :- ** kumpul kawan sampai beriban bangge lah konon LOL ** add tapi tak komen ( hotak kau lah labu ) ** dah add tapi bila kita komen balas nak tak nak ( bingai habesss) ** add kita kononnya nak jadi agen 007 cek komen kita dgn bf dia. ( apak kau.LOL ) ** bila dah di approve , dia anta komen **thank you.komen pic i please** ( pig kau ) ** pic sampai 12 album. tapi suma posisi yg sama,baju yg sama,tempat yg sama. (: ** tulis kat status, bulletin bila nak deleted org,bila gado ( pathetic ) and baru2 ni aku ada komen dgn adik CHA salah sorg friend aku kat ms.dia cerita pasal ada mamat keji ni add dia tapi tak komen dia.but yg peliknya mamat keji tu boleh plak maki dia.terbalik ni mat.so aku print screen antara dua komen adik CHA bgi kat aku :- get a life man, blahblahblah Labels: blog KK, sekeliling isnin
SEBAB :- ** kerja ** bangun awal ** anta amar n amik amar sekolah ** takleh tido petang +_+ ** tak leh guling2 kan ruang tamu sambil tgk tibi ** tak leh sakat amar time dia syok layan WWE sbb aku kerja ** kena hadap muka yg sama sepanjang time kerja LOL ( i love my girl staff only ) ** kena parking keta jauhhhhhh time kerja elak kena saman ** banyak lagii benda yg aku takleh buatt, tapi tak tertuliss. mak nak mandi nyah BYEE, P/S : kalau hari isnin tukar nama jadi HARI DEVON AOKI pon aku tetap tak suka +_+ Labels: aku, blog KK, luahan hati contest lagi
ada contest lagi,kali ni anjuran mombloggers haritu dah masukkan AIMI dalam contest senyuman ceria anjuran smileykidz wahhh tapi kali ni ada tema CUTEST BABY IN NATURE just wondering,ade ke pic AIMI bermesra dgn alam semula jadi?? walid dgn ummi AIMI pleaseee lah tangkap pic AIMI lagi hehehe boleh Masuk contest lagii kan AIMI.... Labels: kengkawan baby
IM A BABY GIRL STALKER BABY IS A GIFT GIVEN FROM GOD ABOVE , SENT TO ALL PARENTS IN THIS WHOLE WORLD I LOVE BABIESSSS ;);) ![]() Labels: kengkawan school life
![]() i hell miss my school.and all of my friends.those were the days.which i thought wud never end.. RINDU MASA :- rehat tapi tak pergi kantin, lepak bawah pokok ngumpat2 LOL kena denda sbb malas bawa buku teks dtg awal sbb nak tiru buku kawan (bdk duk dpn dlm kelas) sbb x phm apa cikgu ajar kena lari satu dewan perhimpunan sbb malas pakai baju KRS lari dari sekolah sbb x nak masuk kelas ADD MATH janji dgn member sebelah " ESOK TAYAH P SEKOLAH NAK?" gelak kuat-kuat kat kelas sbb member sblh jatuh buli budak junior smpi ngs buat jahat kat library dgn besfren (bagi sepah buku) datang lambat sekolah sbb taknak pegi perhimpunan tido time cikgu takde masa makan chewing gum time belajar kena maki dgn cikgu sbb gelak time dia mara duduk belakang bila dlm kelas,bengkel,makmal sembang time cikgu ajar dapat surat amaran sbb asik ponteng sekolah letak gam atas kusi budak kelas sebelah tinggal buku dlm laci sbb nak bagi beg ringan yang tak tahan MOGOK BILA CIKGU SAINS PANGGIL NAMA PENUH AKU DAH LAH TU PELAT LAK TU ceit Labels: aku, luahan hati potong rambut
tengah pikir pikir nak potong rambut mcm ni | | | | | | | | | | | | | | V tapi takut jadi lain pulak +_+benci perasaan ni bodo taw Labels: aku :)
entry sebelum ni aku tulis je kan barang yg aku dapat,entry kali ni aku nak tunjuk barang nyer;).weeee teddy dari kaka dah show sebelom ni kannn, teddy dari teha ni dia, ni gelang dari lydia cd band rivernation dari baba durian dari krol.dia bawak banyakkk.hahaha.sblm tido,sblm mandi,lepas mandi,bangun tido je ayat mcm ni "MA,NAK DURIAN"heheh,peace :) Labels: aku, blog KK, luahan hati bulan 10 punya tuah
bulan 10 aku dapat mcm2 barang lah -_+..bestt lah. dapat TEDDY dari KAKA dapat TEDDY dari TEHA dapat COKLAT&KAD dari LYDIA dapat GELANG dari LYDIA dapat KEK dari MA dapat CARD dari LIZA dapat CD band RIVERNATION dapat DURIAN dari KROL hahahahahaahahah memang aku ngidam benda ni dari musin durian bulan2 lepas lah tapi x dpt makan sbb dmm krol pg kg kawan dia beli durian kg..dia kutip sendiri durian tu :):).. THANK YOU SEMUAA Labels: aku, blog KK, kengkawan curry maggi and honey
biar gambar kasi cerita. tapi sorry gambar kabur sbb mamat tak duk diam..silakan :- dalam lapar dia datang rumah.mintak beli makan tapi dia pon malas +_+..ape punya pakwe..lapar tau tak.lapar..sopoloh tahun tak makan.eceeyyyy![]() dia cari megi..tanya amar dgn akak nak megi jugak tak..akak taknak..amar memang sentiase nak..dia masak 3 bungkus.untuk dia sekali..3 trip okay..first amar punya,2nd aku lastbaru dia..hehehehe ![]() ni aku lah muka lapar tahap dewa dewi. AKHIRNYA, MEGI DAH SIAP!!.JEMPUT MAKAN :):) Labels: kilakrol |