TEDDY BEAR SEBESAR ORANG

Suka kan bila orang yang kita sayang senyummm and suka gilaaaa barang yang kita bagi. Teddy tu hadiah dari aku dengan mak. Untuk besday dia. Dah memang plan nak bagi teddy besar. Tapi mustahil dia nak ngendong /bawak teddy sebesar gabak tu naik bas. Hahaha

Jadi, aku plan nak buat buat lupa / konon macam takde hadiah langsung untuk besday dia. Padahal aku tahu dia mengharap (kau jangan tipu kak, ko mengharapkan) . Dia memang nak nak sangat teddy sebesar dia!

Aku pos sampai ke opis dia. Awal awal lagi aku dah bagitahu officemate dia (thanks kak farah).. Bila sampai je teddy tu , kakak bbm

Kakak : adikkk, ada orang pos teddy besar lahhh
Aku : ohhhh. Yekee? Siapa pengirim?
Kakak : tak tahu lah. Tak tulis nama
Aku : tangkap gambar nak tengokkkk.

Dan lain lain perbualan. tak larat aku nak tulis, pakai keypad henpon ni kecit cenonet ni.

Tapinya last last kantoi bila kakak ternampak aku chat dengan kak farah . Adoiii

Takpelah, janji menjadi jugaklah bagi dia kompiussss :p

Jadi, kot kot aweks/balaks/suami/isteri/mak/abah/adik/kakak/abang sekalian nak bagi kejutan kat pasangan, tapi malu nak bawak segedabak , boleh lahhhh guna perkhidmatan peniaga yang aku suggestkan ni.

NAK CARI TEDDY SEBESAR MUNGKIN, (ada lagi besarrrr) , dan masa penghantaran cuma makan masa 2 hari bekerja, murah (serius murah), sila komen di bawah. Kalau ramai tanya, aku bagitahu next entry

Hahaha, seriously ini bukan bisnes aku.. :) hanya promot je peniaga yang jujur, tak tipu duit pelanggan, cepat, dan tangkas (apesal aku rasa mcm iklan 999 dah ni)

Oklah, bye!

SALAM ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Haritu aku dan opismate jumpa orang atas urusan kerja. (Kenapa poyo ayat aku ni)

Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu, nurul mintak diri kejap sebab nak jawab call. Biasalah, bila dah kerja, call kena jawab, lagi lagi kalau orang office call . Tapi tu bukan masalah

Masa nurul tinggal aku sorang sorang tu, ada tiga lelaki tengah meeting apa jadah entah kan. Aku tak nak amik peduli. Walaupun aku dengar apa dorang meeting dengan bos dia (aku dgn nurul datang nak jumpa bos dia), tapi aku buat tak dengar. Selak selak lah buku yang diaorang sediakan untuk tetamu tu.

Tapi bila bos dia jawab call telefon, salah sorang dari 3 lelaki kat depan aku tu dah mula interview macam macam. Yang aku jawab je lah . Tapi yang tak bestnya bila,

Lelaki tu : lupa nak bagitahu nama. Nama saya begedil (tipu)

Lepas tu dia hulur tangan. Lelaki dua orang sebelah dia dah ternganga mulut, tengokkk je muka laki senget tu. Aku macam "ehhhh amenda ni salam plak" .. aku tersengih sengih kaver malu (aku pulak yang malu, siot betol), jawab

Saya kila (sambil angguk angguk)

Pahamlahhh, bila aku dah buat macam tu maknanya aku taknak salam . Bagitahu nama dah lah. Geram aku. Bila aku tak sahut salam dia tu, boleh pulak dia bangun,capai tangan aku.terkejut aku. Mintak penerajang betol

Bila nurul dah masuk , dia hulur tangan kat nurul plak. Ternganga nganga mulut nurul. Senyum sambil kerut kening. Dia pun sama, bagitahu nama sambil angguk angguk. Tapi benda yang sama jadi. Dia bangun dan capai tangan nurul.

Bukan lah kat sini aku nak kata aku baik. Tapi kalau kau bangsa asing, aku paham bila kau hulur tangan. Mungkin kau tak tahu adat orang melayu. Orang cina kalau hulur tangan pun , bila aku angguk angguk je, terus dorang tarik tangan balik. Sama sama angguk .

Hormat lah orang. Lagi lagi kaum perempuan kan. Tu je tak lebih. Kalau kau tu sedara mara aku lain lah. Terus aku salam tak payah kau hulur pun. Pelik aku. Dewasalah wahai PAKCIK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

 

Copyright © 2011 Reserved to KATA KILA Design with love by KATAKILA(br)CB